Wednesday, August 1, 2012

Nasi Sikit Dan Resepi Tomyam Campur


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Biasanya lepas ambil anak-anak balik sekolah baru LM tanak nasi dan goreng sayur. Anak-anak balik pukul 5.45 petang, so dapatlah makan nasi panas untuk berbuka. Bila sibuk nak masak nasi dan goreng sayur serta buat air, urusan hidang cawan dan pinggan semua tu maisarah yang buat. Dah 9 tahun biar dia belajar menyusun meja makan.


Dah hampir berbuka tu LM suruh dia senduk nasi. Tup-tup nasi untuk ayahnya sikit je, azhad tegur kata sikitnya nasi ayah? dia kata, nanti ayah tak habis, ayah kan nak makan benda lain lagi...bersungguh dia jawab. Lepas tu dia senduk nasi ummi, azhad lebih terkejut, uik sikitnye nasi ummi, macam nasi qila je? mana cukup.Maisarah jawab penuh yakin. Ummi memang makan tak banyak, hari-hari akak tengok ummi makan banyak tu. Hamboi..yakin je dia jawab.


Sekali dia tuang nasi dia penuh sepinggan, ayah dia tegur, patut kau gemuk kak, makan banyak. hahaha...kami semua gelak. Memang dia makan banyak dari ummi. Muka dia lebih besar dari ummi, kasut dah sama saiz padahal baru je 9 tahun. Nasi semalam habis cara-cara tomyam tu. Alhamdulillah..tomyam campak-campak pun sedap kat tekak korang ye.



Ni lah tomyam semalam. Awin tanya akak letak santan ke? tak letak pun dik. Akak main campak-campak je bahan yang ada dalam peti tu. 

Bahan:
3 ketul ayam di ptong kecil-kecil
2 ekor sotong
5 ekor udang besar
2 batang serai dititik
bawang besar dihiris 
bawang putih 2 ulas hiris halus
halia 1 inci di hiris memanjang.
2 helai daun limau purut
jus limau nipis2 sudu besar
carrot
bunga kobis-LM takda stok
jagung muda-LM takda stok
tomato ceri 4 biji-belah dua
garam
pes tomyam 1 sudu besar-saya guna yang dalam botol kaca tu

caranya: saya didihkan air secukupnya, masukkan bawang, halia dan bawang putih, masukkan ayam, pes tomyam,serai,daun limau purut,jus limau nipis udang, sayur-sayur dan sotong. garam secukup rasa dan akhir sekali baru masukkan tomato. Taburkan dengan daun saderi sebelum dihidang.

Resepi ni untuk satu hidangan mangkuk sedang saja, kalau korang nak buat banyak tambahla bahannya ye.

www.tips-fb.com

8 comments:

Izan Ishak said...Reply To This Comment

hehe... kelakar je kakak maisarah ni. suka tgk kalau anak2 selera je makan kan miza. abg muhaimin pun kalau dpt tomyam ni mmg boleh 2-3 pinggan skali makan. ummi yg tgk dia mkn pun takut. tapi badannya tetap cekeding aje.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Izan Ishakbetul la izan, anak2 mmg suka tomyam kot.tp klu mkn kat kedai sian lak sikit benar isinya

Aishah Jahirah said...Reply To This Comment

hehee yg penting jwb dgn konpiden...masakan ibu yg terbaik...;)

e d r i n a . 피나 said...Reply To This Comment

sedapnya tomyam~
ade resepi... nak try masak sendiri lah. heee ^_^

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

hokey!!! petang ni menu tomyam!! hehehe

Saleha said...Reply To This Comment

aik, tomyam orang letak santan ke?

As salam. salam kenal dan follow sini :)

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

hmm sedapnya tomyam.

kiera'sakura said...Reply To This Comment

hihihi maisarah maisarah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...