Monday, August 13, 2012

Rambut Raya


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semua orang nak lawa bila nak raya kan? LM sebab dalam pantang tak boleh la nak ke saloon nak trim rambut bagai, kalau tak sama gak memenuhi saloon nak buat rambut baru. Padahal bertudung bukan saper nampak pun, tapi sebab dah tradisi dari kecik memang camtu. Terkenang dulu zaman kecik-kecik LM dan arwah makjang(sepupu mak) yang lebih tua 2 tahun je akan ke kedai bersama untuk buat rambut baru bila menjelang syawal. Kami ni dah macam adik kakak, kawan baik dan kawan gaduh jugak. Al-fatihah buat arwah haspilita binti Abidin moga rohnya tenang di sana. Dialah kawan baik LM masa kecik dulu. 

Dah besar pun sama je, nak raya sibuk nak ke saloon trim rambut. Tahun ni jimat sket tak pergi, entah kedai mana nak terjah pun tak tau sebenarnya. Lagipun badan masih seram sejuk belum boleh nak melasak sangat. Setakat duduk gentel jem pun nak pitam apa hal? ehehehe.

Syafiq sibuk mengacau kat dapur tadi, kebetulan ayahnya pegang gunting terus ayahnya bawa ke bilik air dan kerjakan dia. Maktehnye sibuk kata rambut syafiq kembang cam apek jual sayur. Haaa dah dapat rambut baru pun adik syafiq.



Dah besar...berbuka puasa makan satay dan air laici cincau...ehehe...tengok mulut tomey dia tu, geram nak geget je rasa tengok mulut dia senget-senget kunyah satay.


www.tips-fb.com

11 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

comel je syafiq ni

ayin pon sebok nk makan sate sendiri

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

chomel..menjejeh2 air liur dok sdp kot..cute!

deno said...Reply To This Comment

wahh... syafiq makin ensem! :)

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...Reply To This Comment

ala comelnya dia, hahaha,men belasah jerk ea gunting rambut??

maszull said...Reply To This Comment

assalamualaikum lydia....yer la senget2 mulut nak menggunyah satay tu...:)

bersama kak Es said...Reply To This Comment

geram kannn..macam nak je cium molot tomeii tuu

Harap adik cepat sembuh. kesian sungguh..dah la ada anak kecik

Tp tu la kann..kita merancang tapi Allah sebaik2 perancang :)

Moga dimudahkan semuanya

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

rara pon sama,ingat nk buat rambut.even bertudung pon mmg suka nk buat rambut.tp menegnang kan tgh preggy.so x jd lah.comels je moodak tu mkn satay./hehehe

Led said...Reply To This Comment

kiut nyer tgk baby makan time baru dapat gigi...

;)

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

dah besar ye adik syafiq.huhu

kiera'sakura said...Reply To This Comment

pandai pulak dia tarik sate tue dari lidi ihihihi

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

alamak dik syafiq dah xde rambut kembang ye...hehee

awak bahaya nya bg dik syafiq makan saty sendiir...riso tercucuk je lidi nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...