Saturday, August 4, 2012

Syafiq Makin Susut


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah adik syafiq makin besar, sihat dan mencuit hati segala keletahnya. Lasak sangat sampai semput ummi melayan dia. Sejak dah pandai jalan ni dia makin susut. Bila dia tido nampak sangat muka dia dah kecik dah.


Letih sangat tengok muka dia...huhu. Anak-anak LM biasanya jalan antara umur 11 bulan ke 15 bulan. Maisarah la yang paling lambat 15 bulan, azhad 11 bulan, qila dulu setahun kot..lupa, syafiq pun dekat-dekat setahun mula melangkah masa balik segamat hari tu. 

Bab jalan lambat ni LM tak kisah sangat, bukan cacat tak boleh jalan pun. Kita nampak anak kita normal boleh berdiri tu maknanya kaki dia elok boleh jalan la tu. Ramai je anak orang lain umur setahun enam bulan tak jalan-jalan lagu teruk. Janji anak sihat jangan stress ye ibu-ibu. LM sendiri masa baby dulu setahun lebih gak jalan, bonda kata sebab hati kecik, takut nak cuba sesuatu yang baru sama macam sekarang.

Adik syafiq ni gigi naik serentak dengan berjalan. Mujur tak demam. Tiap hari bila ada masa lapang je masa usap kaki dia dengan baby oil tu LM urut sikit kakinya. Letih meronda satu rumah agaknya, kalau tak urut sure malam tu tido tak lena asik nak menyepak je kerjanya. Lenguh kot?

Kejap je adik syafiq dah setahun, nanti ummi sihat baru leh bawa dia gi klinik cucuk untuk setahun. Tunggu la dulu...hehe.


www.tips-fb.com

7 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

mula2 dulu byk benda yg sy risau bila lala nampak mcm lambat skit.. skrg xde la risau tgk perkembangan dia cuma kdg2 skit tacing bila org bandingkan anak dorang dgn anak kita yg blm boleh berjalan ni. walhal anak dia dh berlari wlau umur sama dgn lala. x tau la kenapa bab anak ni jd sensitif lak padahal bab lain sy bkn kisah sgt ckp2 org.

emieysandra said...Reply To This Comment

xpe3...janji syafiq sihat & tetap comel! hee :D

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

Sekejap shj masa blalu.
Ingat lagi tahun lalubdlm bulan ramadhan syafiq jaudis...

Moga cepat mmbesar dan jadi insan y soleh...

qasehraihan said...Reply To This Comment

comellll..mesti mcm2 keletah dia kan?hehe..

ieda said...Reply To This Comment

anak sedara akk .. naik serentak , kaki dan jalan .. demam 2-3 hari .. jarang ada budak naik serentak macam tu ;)

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Susut sebab dah makin aktif kot Miza.Kalau sihat, takpelah susut sikit.

kiera'sakura said...Reply To This Comment

Alhamdulilah dia tak demam bila dapat 'benda' baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...