Saturday, August 18, 2012

Yeay Dah Sampai

Salam buat semua.
Pagi tadi baru sampai segamat pukul 1 pagi. Ye la bertolak pun pukul 10.20 malam. Syukur lah trafik lancar. Mencari makanan untuk sahur siap makan terus zzzz

Pagi ni lepas mengemop dan ambik cheese tart kat umah nana sahabat saya terus ke rumah bonda ambil baju raya, hantar kuih dan nak bayar duit langsir.

Macam busy je.. Huhu. Jap lagi nak balik negeri sembilan sebab raya tahun ni turn sana. Esok lepas zohor baru balik segamat semula.

Tahun ni tak rasa best pula raya, banyak benda yang tak sempat beli. Tudung tak beli lagi, kasut tak beli... Siyes rasa cam budak kecik merajuk tak dapat pakaian raya... Hahaha. Ye la, saya kan baru lepas keguguran memang tak keluar shopping pun sangat. Duduk rest kat umah je, tup tup dah nak raya.

Kesempatan ni saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua sahabat yang sering singgah di sini. Ada rezeki saya up entri lagi, takda rezeki tunggu lah waktu yang sesuai.

Korang raya mana tahun ni? Kalau dekat boleh laga pipi kan? Umah saya takda kuih, just untuk lepak sampai jumaat sebelum balik selangor je... Hehe. Nak makan saya bawa perut ke rumah bonda je la...boleh kan?
www.tips-fb.com

2 comments:

Cik Fie said...Reply To This Comment

wah ! bestnye :)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :)

#Kalau Sudi , Komen La Sini :)

http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/alhamdulilah-dah-cashout-says-my-dalam.html

Peri PiA said...Reply To This Comment

selamat hari raya aidilfitri cayang

mase mmg pantas berlalu kan LM

xpe yg penting dpt "hati baru",taqwa(Amin)

dari Ustazah Asni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...