Friday, September 14, 2012

Bubur Jagung

Salam buat semua.. Menu apa minum petang ni?

LM buat bubur jagung saja hari ni. Lama dah nak makan malas nak buat. Kelmarin encik laling ada belikan jagung , tadi merajinkan diri yang malas ni buat kejap.



Korang jangan terkejut, aqilah kata kenapa ummi letak guli merah? Hihihi. Dia ingat sagu mata ikan merah tu guli. Sebenarnya sagi putih takda, yang ada warna merah.. Hantam saja lah labu!

Main campak je tadi, syafiq asik mengacau je.

Bahan:
2 tongkol jagung - panjang betul jagung yang laling beli ni
Sebiji kelapa parut- ambil santan perahan pertama dan kedua saja.
1/2 buku gula melaka
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar sagu mata ikan
sehelai sehelai

Caranya: LM rebus sikit jagung tu bersama daun pandan dan gula melaka, masukkan santan, sagu mata ikan, gula pasir dan garam. Biar masak dengan api sederhana. Jaga jangan sampai santan pecah. Kena selalu kacau . LM suka makan sejuk- sejuk. Nyum3.

Aqilah suka, dia kata lagi sedap bubur jagung dari pisang. Pisang sedap sikit jagung sedap banyak. Sambil makan mengomel je minah sorang tu.. Hihi

P/s: syafiq tido rasa cam nak tido sama.. Hahaha
www.tips-fb.com

8 comments:

amengs88 said...Reply To This Comment

nyam nyam... Lama tak makan bubur jagung.. Sedapnya

dEdEQ dE wIshEs said...Reply To This Comment

SEDAPNYE KAQ .. SIB BEK ESOK PASAR TANI .. RESEPI AKAQ DA DE .. LEH TIRU NI .. HAHAHA

nida husna said...Reply To This Comment

sedaaaaaaapnyer =)

ieda said...Reply To This Comment

sedapnyeeeeeeeeeee
makan panas2 nie ;)

emieysandra said...Reply To This Comment

nyummmmy! sedapnyer bubur jagung, emiey xsuke bubur lain mcm bubur kacang k ape sb manis sgt tp klu bubur jagung, suke sgt! hee :D

Izan Ishak said...Reply To This Comment

sedapnya bubur jagung. izan pernah try buat... tapi anak2 plak yg kurang minat.

siMpLY nana said...Reply To This Comment

Sedapnya.kte pun memang suka desert2 cm ni.leh mkn bertambah2.tp nasa n anak2 kurang suka desert.tu yg slow je nk membuatnya

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

kalau jagung tua tak sedap kan kak buat bubur sbb kunyah2 nnti ada hampasnya....huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...