Monday, September 3, 2012

Bunga Raya Giant?



Assalamualaikum semua.

Bunga raya, cantik kan? saya masa baru-baru pindah ke malaysia ni berjahat nak tanam bunga kemboja. Tapi asik kena perli dengan encik laling, katanya bunga kubur. Pastu dia kata saya ni macam orang kemboja...ish, geram lak rasa hati. Pastu tukar, kata kat dia nak kumpul pelbagai koleksi bunga kebangsaan, bunga raya.

Masa bercuti ke cameron highland hari tu kami sampai dah maghrib. Masa tu keluar dari rumah nak ambil barang ternampak beberapa jenis bunga raya giant di laman banglo shell tu. Nak bergambar dah senja, ada la jugak rasa seram, tunggu matahari naik esoknya bergasak snap gambar. Muka berseri-seri dapat bergambar dengan bunga-bunga cantik tu.

Dapatlah 3 warna bunga ni encik laling belikan. Dapat oren, pink dan merah hati. Alhamdulillah sangat rajin berbunga, suka tengok. Tapi bunganya yang besar buat batangnya tak mampu nak menahan bunga tu, sian lak tengok sampai rebah-rebah dahannya berat menahan beban bunga. Korang suka tanam bunga? LM boleh leka berjam-jam kalau berbual dengan bunga ros dan bunga raya ni, ops..ada bunga ros 3 warna juga tau selain kaktus 13 jenis...hihihi.


www.tips-fb.com

7 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

rajin LM..saya tak pandai la LM..huhu

izz iizza said...Reply To This Comment

mak besarnya bunga tu..

ieda said...Reply To This Comment

mak aihh besar tuu ........

Fasihah Supian said...Reply To This Comment

kite rajin siram je..kalau tanam sendiri tak tau hidup ke tak kaka....huhu

outbound Malang said...Reply To This Comment

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Bersabarlah dalam bertindak agar membuahkan hasil yang manis.,.
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

Peri PiA said...Reply To This Comment

pia suke je bunga kemboja,cantik sgt!

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

suka tengok bunga je..tanam x pandai..tangan panas nanti habis mati pokok hehe

eh kenapa x eprasan pun bunga nie ahad lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...