Friday, September 28, 2012

Burger Bakar Rawang Lewat Malam


Assalamualaikum
Salam jumaat buat semua. Malam tadi LM berjaya menternak lemak juga akhirnya. Malam tadi anak- anak pergi tuisyen macam biasa kami mengukur jalan. Pergi tengok apa yang ada kat jusco tu la kononnya... Huhu. Lepas laki bini melantak soping tak ingat dunia macam orang nak kahwin lagaknya capai semua yang ada pukul 10 baru terhegeh- hengeh jemput anak tuisyen.

Laling ajak lepak kedai mamak si isteri comel ngomel kata eii asik mamak je, tak selera la. Pusing jauh sket dia memilih kedai. Tup tup berhenti kedai yang ada jual burger bakar memandangkan si isteri comel lama nak burger bakar sejak raya ni. Kedai pak maidyn xde jual dah.. Huhu



Tu dia... Orang lain order nasi goreng dan satay ummi dia makan burger. Nak makan tokey tu tak bagi pisau dan garfu. Cuba gigit memang la nampak tak ayu. Pergi semula minta pisau dan mereka gelak- gelak dengar minta pisau. Mereka tanya nape dik? LM jawab mulut tak muat nak nganga, lagi mereka gelak... Huhu, Sah takda pisau mereka sediakan. Akhirnya mereka dok tercari- cari jumpalah pisau plastik. Boleh la dari takda.

Potong- potong makan berempat dengan anak- anak tu akhirnya habis juga. Akibat makan pukul 10 lebih tidur pukul 1 lebih la konon sebab risau gemuksss

Pepagi bangun terus timbang. Fuhhh lega. Macam kurang 300 gram je dari semalam. Ajaib kan? So nak kurus cepat tiap malam kena makan beger bako kot? Ekeke, semalam minta sos lada hitam, len kali nak jenis lain la pula.. Nyum nyum nyum.

Beli kat mana? Kat kedai briyani batu pahat di kota perdana seri kembangan ni je.
www.tips-fb.com

8 comments:

ieda said...Reply To This Comment

wahh LM sedapp nie
makan lak malam2 kann
soknyee seharian lahh x makan ekek ;)

Aishah Jahirah said...Reply To This Comment

mujur ada jugak pisau plastik pun...hehee

kakchik@ella said...Reply To This Comment

betul2 sedap ke burger bakar tu dik? kc tak penah cuba.

Izan Ishak said...Reply To This Comment

wahhh... sedapnya! ekeke... sib baik ada pisau plastik.

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

xumm la makn potong2 kak haha

ciksupik said...Reply To This Comment

sy pon baru lepas makan burger bakar baru2 ini..rawang burger bakar di kuantan. =D

kiera'sakura said...Reply To This Comment

klu masa kt plkn dlu hari2 mkn beger pastu terus tido hasilnya berat naik mendadak hihihi

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Nampak sdap je...boleh terjah Sk utk cari burger sedap ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...