Wednesday, September 5, 2012

Cara Tangani Morning Sickness


Assalamualaikum...

Morning sickness? Bila fikir tentang ni ramai yang takut nak hamil. Kalau diri saya sendiri masa anak first saya alami sampai 3 bulan lebih, lepas tu okey. Badan pun naik membesar bagai johan. Macam adik gorila tau...hehehe, semua orang kata saya gemuk. Dari berat 47kg terus jadi 68kg..haaa, gemuk gedempol kan?

Lepas tu anak kedua saya tak alami apa-apa alahan, dengan yakin saya tau dia baby boy. Ceeeewahhhhhh. Oleh kerana saya fobia akan gedempol lagi saya kawal makan so berat cuma naik 12 kg je masa hamil tu. Anak ke tiga mabuk teruk gak, dan syafiq pun saya mabuk teruk, malah lebih teruk. Masa alami morning sickness syafiq la saya banyak belajar cara nak tangani masalah ini. Jom kita baca 

1. Jangan bangun serta merta jika bangan pagi tu. Duduk dulu dan cuba bangun perlahan-lahan
2. Jangan makan dengan banyak, sebaiknya makan sedikit tetapi kerap agar tidak muntah dengan teruk.
3.Makanlah karbohidrat seperti kentang atau roti untuk atasi rasa mual tu.
4.Jangan makan makanan berminyak dan pedas agar gelaja itu tidak menjadi lebih teruk.
5.Jangan minum minuman berkafein dan berkarbonat. Minum cukup air kosong dan air buah juga.
6.Pakai baju yang longgar dan kain yang menyerap peluh.
7.Makan epal juga bagus untuk mengatasi rasa mual
8.Mencium bau masam seperti limau kastura sangat membantu mengatasi rasa mual
9.Makan epal hijau, kedondong atau apa saja benda masam bila rasa nak muntah, elakkan makan segala jeruk yang tak bagus untuk kesihatan
10.Mengambil halia juga bagus untuk menghilangkan rasa mual

Selamat mencuba, tiap hela nafas anda disulami dengan pahala berganda apabila anda hamil. Jaga diri, hiasi peribadi dan selalulah berdoa bayi dalam kandungan anda itu akan menjadi khalifah Allah yang berguna, insya Allah.


www.tips-fb.com

6 comments:

. Amiera . said...Reply To This Comment

sy 1st time pregnant.. mse 4 bulan pertama mmg teruk lah.. smpai bau benda yg wangi2 sgt pon nk muntah.. huhu.. skrg dh ok.. makan makin selera.. :)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Morning sickness memang tak boleh elak dik. Cuma ada yg jenis teruk dan ada yg lepas gosok gigi dah ok...

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

betul 2, banyak antaranya yg sgt2 membantu utk morning sickness ni

kakchik@ella said...Reply To This Comment

KC dulu tak da cara utk mengatasinya sbb morning sickness kc adalah 9 bulan. muntah .. muntah dan muntah je lah .. sampai kering lidah.

kiera'sakura said...Reply To This Comment

xsabar pulak nak preggy kihkihkih *gatal* :p

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

awin punya dh tau dh mcm mana, kena ada org pujuk2, belai2, kasi kata2 semangat.....hehehe... hilangla sikit....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...