Wednesday, September 5, 2012

Gulai Daging

Assalamualaikum.
Hari selasa pun mood ke laut. Sakit kepala sangat hari ni, kurang puas tido kot. Anak- anak punya lunch tadi LM masak nasi goreng daging, ada yang bawa bekal ada yang takmo. Takpe la janji dah makan! Umminya habiskan sisa mee bandung semalam ada lagi sikit... Hehe

Petang ni masak gulai daging je la. Malas punya pasal, konon nak pakai santan segera je, sekali takda stok dalam almari tu. Terpaksa jadi rajin perah kelapa. Bertambah pahala, bertambah kelazatan dia senah!




Masak sikit je untuk encik laling. Janji dia makan sedap dah la. Resepi ? Err campak- campak je pun. Meh la semak.

Daging rebus 1 mangkuk kecil-terlebih dahulu
Cili api- 7 biji*kisar
Halia- satu inci*kisar
Kunyit hidup -1/2 inci*kisar
Kentang -1 biji
Garam
Asam jawa adabi-1/2 sudu teh.
Santan pekat dari 1/2 biji kelapa.
Serai-1 batang(dititik)

Caranya: masukkan daging rebus tadi bersama bahan kisar. Masukkan sedikit air dan masuk kentang yang dibelah empat. Masukkan santan perahan ke dua. Bila dah separuh empuk kentang tu masukkan serai dan garam serta asam jawa dan masuk pula santan perahan pertama. Masak hingga kuah masak pekat dan cantik. Rasakan garamnya dan boleh la di angkat.





www.tips-fb.com

7 comments:

hawiz said...Reply To This Comment

sedapnyerrrrrrr!!

Noraim said...Reply To This Comment

sedap tu kak. tp nampak mcm masak kurma je. *eh, memandai komen org masak. maaf*

pertama kali singgah sini kak :)

Anak Ulu Cheka said...Reply To This Comment

nampak best je, auc pun masak daging jg ni, gulai daging salai :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

ok..blh cuba resepi LM next time..heheh..tq

kakchik@ella said...Reply To This Comment

kc pun suka gulai. sedap, kan.

azieazah said...Reply To This Comment

Dah lama Kak Azie tak masak Gulai Daging ni, selalu Ayam jer. Sebab daging kurang popular dlm rumah.
Perghhh buat pekat sikit, nasi panas-panas... aduhai.

Azian Elias said...Reply To This Comment

sebenarnya nak masak ni senang je kan.. kalau NAK.. kalau tak nak, yg masuk dalam micro wave pun kita malas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...