Friday, September 21, 2012

Hari- hari Syafiq Belajar

Assalamualaikum
Hari- hari syafiq belajar. Dia makin besar, dah 14 bulan pun. Syafiq belajar tiru apa orang buat, apa ummi ajar. Semalam ummi ajar benda baru buat syafiq. Biasanya bagi kismis ummi letak dalam mangkuk. Semalam ummi bagi kotak terus pada syafiq.

Bagi kita yang dewasa mudah saja nak makan kismis dari kotak, tapi syafiq kan kecil lagi.. Bila kismis dah tinggal sikit saya nampak dia terintai intai dalam kotak. Dia nampak ada kismis tapi nak capai tak sampai jari, nak ambil siap melekat kat bawah kotak lagi... Gelak- gelak tengok syafiq makan semalam.



Semalam syafiq belajar kemas flash kad masuk dalam kotaknya semula, tapi ummi lupa nak snap gambar. Nanti ummi rakam aksi syafiq lain kali. Bestnye ajar anak kecil ni, dia menurut tanpa membantah. Membentuk mengikut acuan kita. Nak jadi hafiz? Ahli muzik? Artis? Berpakaian sempurna atau seksi? Nanti saya update cerita maisarah tentang kisah aurat dan tudung ye... Amat mencabar kesabaran, huhu.
www.tips-fb.com

11 comments:

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

memang seronok tengok anak membesar depan mata.

~ yus ~ said...Reply To This Comment

makin besar, makin banyak yang dia belajar dan nak buat sendiri kan

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

syafiq

somel je

bgusla kak

mule dr kecik

maisarah? da besa kan hehe susaaaa

Azsuliana said...Reply To This Comment

lain muka syafiq bila dah besar...bijaknya syafiq

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Seronok sgt

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Tu la yus.. Nnt dia nk wat sendiri semuanya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Maisarah tu nnt akak citer psl apa

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Muka bdk cpt berubah

kiera'sakura said...Reply To This Comment

ok kira tgu cite maisarah

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

pandai nya..anak sapa nie..

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

alolololo comeynya syafiq.... pandai mkn kismis...nnti msti nk makan suap sendiri pulak bila tgk smua ada pinggan sendiri kannn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...