Saturday, September 22, 2012

Kek Karemel

Assalamualaikum
Malam tadi niat dalam hati nak bangun pukul 3 pagi. Tersedar 3.05 minit terus bangun buat apa yang patut. Plan nak tidur lagi nak- nak syafiq memang dah bangun siap senyum- senyum atas sejadah main cak cak ngan ummi tadi... Geram!

Syafiq dah lena pukul 4.15 masih tak boleh lelap mata lagi. LM pun merencana nak memprojek lah kalau mata tak boleh lelap. Perlahan- lahan turun katil dan ke dapur, bawa iphone sebab dalam tu dah save awal- awal resepi kek karemel. Geram kat kek cantik lembut gebu ni sebab belum berjaya buat bila shida dan awin dan cabar banyak kali suruh buat. Sunah? Dia memang pakar bab kek, fasihah pun dah kerap buat, saya je yang tak buat lagi. Kak ayu dah buat juga..

Cari merata cream of tartar tak jumpa. Dalam hati berdoa je ia menjadi sebab saya tak gantikan dengan perahan lemon atau apa pun.Mana saya sorok pun tak tau. Dalam sibuk buat dengan penuh harapan, baru putar adunan kek syafiq pun datang dengan terkengkang- kengkang( dia kan bary belajar jalan). Down giler nampak syafiq.

Dia nak berdukung pula tu, saya masukkan air dalam loyang dia sama main air, saya pegang pewarna dan perisa dia pun sama. Tercabar kesabaran ummi. Saya layankan saja ajak dia membaking sama dengan muka ceria( siyes syafiq bangga ummi dia tak marah dia nak tolong kan?) padahal dalam hati Allah saja yang tahu saya punya geram. Siap putar kek syafiq sibuk hulur pewarna. Saya pun terus bahagikan dan warnakan. Memang syafiq banyak la membantu hulur perasa dan pewarna kan? Pastu dia siap pegang sudi lagi kacau adunan tu..Arghh pitam!



Siap letak warna rupanya telur putih tu saya tak masukkan dulu.. Rasa nak menjerit sedih. Terpaksa agak- agak bahagi tiga dan campurkan kemudian.Oleh kerana buat kerja sambil meriba syafiq terhasil lah titik- titik comot atas warna berlainan tu. Sentap tengok kecomotan tu.

Siap je masuk oven syafiq dengan rela menapak masuk bilik dan terus cari bantal, mata layu! Penat buat kek? Geramnye lahai dengan dak cumil ni. Rasa nak geget pun ada.. Macam kita suka sangat la dia bantu tadi.. Hahaha. Bagi dia susu mata saya pun dah layu sama, laju- laju bangun solat subuh. Risau tertidur, layan mata sambil borak dengan hubby sampai kel masak.

Kek kurang lawa sebab air jatuh banyak sangat kot? Mungkin sebab saya tamak buat 3 sudu gula hangus tu, kalau saya buat 2 sudu maybe okey agaknya. Resepi tu tulis 2-4 sudu besar tak tulis hanya dua sudu pun kan? Takpe, rasa kek dah okey cuma kurang lawa sesuai dengan kecomotan pembuatnya, malam ni saya cuba lagi.

Tq atas entri shida, study berpuluh kali resepi tu kat blog dia. Tq awin sebab terangkan cara nak buat satu persatu hari tu. Rajin dia menaip soalan saya. Alhdulillah kek menjadi, mungkin arah saya potong salah kot? Err...
www.tips-fb.com

11 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

erm xpe kak

iffh pon lom wat lg haha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Sila buat iffah

nida husna said...Reply To This Comment

mcm sedap jer kek akak buat. ni yg buat saya terliur ni =)

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

cantik tu ..resepi dah lama sy simpan....lom try lg...

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

eh... cantik dan menjadilah...
tahniah lydia

syafiq.. alahai.. mai cik ayu tolong jagakan

Puteri Iqa Izyan said...Reply To This Comment

ummi...rajinnye buat kek pagi2 mcm tu. huhu..

nnt syafiq dh besar ni mesti rajin nk tlg ummi baking2 :P

Azsuliana said...Reply To This Comment

Sedapnya...kte pun x penah buat lagi.main beli je nak makan sangat...hi3

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Teringin jugak nak buat ni.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

waaah tahniah awak..akhir nya awak buat jugak..elok je jadi nya..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

rajinnya akak buat byk perwarna kira dua jenis warna je sbb MALAS hahahaha... tue pn mama slalu sebal sbb klu nak bahagia adunan kira msti suh mama hihihi :p

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

tahniah buat ummi syafiq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...