Tuesday, September 11, 2012

Kenali Mood Anak

Assalamualaikum
Anak- anak macam kita orang dewasa juga. Silap sikit moody, ikut tarikh berangin, jap- jap sentap. Kejap lagi merajuk. Betul tak?

Tapi bila anak- anak buat perangai moody mula kita nak marah. Kita tunjung berang. Padahal kita lupa kita sendiri mood swing- swing gituw? Betul tak?



Anak- anak ni kita kena kenali mood mereka. Kena belajar faham ragam mereka. Mereka ni mood berubah ikut masa dan situasi. Mereka belajar dari persekitaran. Bila mood tak baik cara kita kendalikan mereka amatlah penting.

Tengok babu syafiq senyum macam tu memang la comel. Tapi cuba tengok masa dia mengamuk. Comel tak? Siyes cakap super duper comel, tak percaya tanya aima, nadh, qaseh dalia, atq saleh.. Mereka dah jumpa masa syafiq mengamuk aritu.. Ehehe.

Bila tak sabar kendalikan anak yang mood tak baik dan kerap meragam mula rasa geram dan panas hati kan? Haaa jangan biasakan naik tangan. Esok- esok dah terbiasa mula la nak belajar memukul anak pula. Dah biasa nanti itu yang jadi kes dera sebab tak pandai tahan marah. Bahaya!

Apa yang penting kena tau perangai anak sendiri. Kalau dia jenis merajuk tak boleh dipujuk biar marahnya reda dulu baru pujuk. Kalau saya sendiri tengok keadaan. Kalau dah besar, faham cakap masih mengada memang nak kena marah, memang tak layan mengada- ngada dia tu. Syafiq pun macam tu, kalau dia mengamuk tak tentu pasal saya biar dulu dia mengamuk. Dah reda rajuknya baru saya pujuk bagi susu atau dukung.

Kadang- kadang dia memanYg mengantuk, perut kenyang, diapers kering tapi meragam. Pastikan dia tak kembung atau sakit, kalau takmo tido gak memang saja lah dia nak meragam. Biar dia mengamuk dulu bari saya pujuk. Kenapa? Sebab dia tak pandai cakap, nak tanya apa dia tak puas hati memang dia tak tau.So bagi dia lepaskan marahnya dulu baru kita pujuk. Kalau takda rajuknya, takda apa yang dia nak marah takkan dia mengamuk kan?

P/s: ada orang kata mood semasa mengandung mempengaruhi mood anak? Setuju?
www.tips-fb.com

4 comments:

Peri PiA said...Reply To This Comment

alololo,tomei nya geram tgk..hihi

bgs entry ni LM

ieda said...Reply To This Comment

aduhh adakalanya
pening memikirkan mood anak2 nie huhuh

Woofer Storm said...Reply To This Comment

salam syawal ummi..maafkan andai ada salah silap dari sy ye..

budak2 bila moody susah sy nak handle,nak jaga anak buah yang kecil2 tu pun tak mampu apatah lagi ank sndiri..hehe

kiera'sakura said...Reply To This Comment

yeke kak? mood masa pregnant mempengaruhi ank? cm tue nk usaha senyum byk la nt klu preggy hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...