Thursday, September 13, 2012

Merancang Pertemuan Dua Hati


Assalamualaikum.
Dalam alam maya pun boleh bersahabat. Tak mustahil ada ikatan sayang akan muncul. Ada yang berduka kita pun sedih sama, hanya doa mengiringi mereka dari jauh. Orang keguguran kita sama sedih. Orang hilang ayah kita sama rasa pilu. Orang sakit nak bersalin kita sama rasa peritnya. Ikhlas bersahabat di alam maya tanpa niat mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri insyaAllah akan terasa manisnya ukhwah.

Semalam patutnya dapat jumpa adik manis tu dengan baby comel dia, tapi syafiq demam sket tak dapat terima kunjungan beliau, harap dapat jumpa nanti.

Sekarang pun sedang merancang pertemuan pertama dengan adik kesayangan hati ni. Sebelum dia menari ilmu jauh nun di sana ingin bertentang mata. Saya sakit dia sudi doakan, saya sedih dia juga tak putus sudi doakan.. Dia sama macam korang. Tq sangat- sangat.. Terharu. Saya masih simpan text yang dia kirim pada saya masa sebelum gugur haritu.

"Bismillahirahmanirrahm.ya Allah.lindungilah kakakku dn jga kandungannya..mga ank i2 menjd hmbamu yg brtaqwa dn anak yg membnggakn ibu bpa.amin.slmt bebke kak"

Saya nanges baca semula text dia ni.. Sobs... Nak sangat cari kamu kat puchong tu. Tapi siyes tak gagah nak drive ke sana dengan syafiq bambam tu.. Dengan kereta giant tu? Ops!! Saya memang ngeri sebab side mirror tu paras kepala saya je kalau nak melintas kena super duper hati2 sebab kurang jelas sebab side mirror tu agak menghalang penglihatan saya. Saya ni rendah ke? Huhu

Kami plan nak jumpa minggu ni tapi dia nak bertunang?

"Akak,sabtu ni adik tunang,isnin bru blik puch0ng"

Puchong umah akak dia kot? Moga Allah perkenankan niat kami ingin bersua. Akak sering bayangkan wajahmu disebalik niqab itu. Ingin mencium pipi kamu. Nak peluk erat- erat sebelum kamu pergi jauh.

Text dari dia lagi...
"Ahad ni adik di kg lg..ahad dpan la.insyaAllah.ksian kt akak.kalau adik ad transport mudah skit.ni xd.hehe"

Jangan rasa bersalah, akak lagi rasa bersalah tak gagah cari kamu. Akak busy sangat siang hari. Akak harap kita boleh jumpa seiring dengan impian kita. Moga hajat dan impian kita tercapai dik.

Moga perjalanan majlis pertunangan itu berjalan lancar, jaga diri baik- baik. Sayang kamu, ikhlas dari hati.. Ikhlas kerana Allah!


www.tips-fb.com

10 comments:

hainom OKje said...Reply To This Comment

Semoga persahabatan yg tulus dan ikhlas itu akan kekal sampai bila-bila

Peri PiA said...Reply To This Comment

indahnya,semoga kita bertemu nti,Amin

maszull said...Reply To This Comment

assalamualaikum lydia...persahabatan yg akan tetap kekal selama2nya...:)

Zalin Mansor said...Reply To This Comment

semoga persahabatan yang terjalin akan bertambah erat kak..:)

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

manis kan ukhwah antara kita semua di alam maya...x sangka dr alam maya kita akrab baik...bertentang mata..

semoga ukhwah antara kita berkekalan hendaknya..

S.U.F.E.E.N.A.N said...Reply To This Comment

Tula kan..akak pun teringin sgt nk jmpa dik miza sayang ni..tpi sampai ke la la ni asyik pending, pending. ada saja yg menjadi aral.

Hopefully ada keizinan dariNya suatu masa yg kita tak tahu utk pertemuan itu..ameen..

nur said...Reply To This Comment

hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...Reply To This Comment

mengenalimu, pun dialam maya. =)

siMpLY nana said...Reply To This Comment

Lagi ramai sahabat, lagi indah rasanya kehidupan ni.moga persahabatan kita pun akan berkekalan ya...

azwa amani said...Reply To This Comment

akak..... (T___T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...