Tuesday, September 18, 2012

Pancake


Assalamualaikum
Bila malas nak buat makanan apa kata buat pancake saja. Itu kalau di rumah saya la.

Kadang- kadang tu malas dan jemu nak cari sarapan di luar, rasa nak makan benda simple saja. Mudah nak buat adalah pancake la jawapannya.



Budak ni kalau ada pancake rajin la mereka mencicah dengan honey, kalau tak buat pancake berbulan honey tak bersentuh.

Semalam buat pancake simple saja, kosong tanpa isi. Malas nak letak kismis semua tu. Ada yang minat nak cuba pancake mudah budak 4 tahun pun boleh masak ni? Meh tengok resepi ni. Kalau tak tepek resepi esok korang komen minta resepi puas lak LM nak upload gambar semula. Anak kecil suka benda macam ni, ringkas dan mengenyangkan.

Bahan:
2 cawan tepung
1 biji telur
1 sudu honey
1/2 sudu teh baking powder
1/2 camca teh esen vanila
1 sudu besar buttercup
Air secukupnya

Bancuh semua bahan dan gaul rata. Biar 10 minit, masak sesenduk di atas kuali non stick. Boleh di makan bersama madu atau jem kegemaran.
www.tips-fb.com

7 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

erm mmg sdp n mudah

siMpLY nana said...Reply To This Comment

Nampak simple dan mudah.boleh cuba resepi ni.terima kasih yea sudi share

puanbee said...Reply To This Comment

nampak best ni , tambah coklat pulak kan ..tp tk larat nak masak .. sapa2 meh tolong tapau huuu

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

pancake makan ngan butter boleh, cklat boleh, peanut ponboleh

kiera'sakura said...Reply To This Comment

mkn pulak panas2 kan perghhh

akubiomed said...Reply To This Comment

Semalam saya dan keluarga makan pan cake untuk minum petang. Kami beli sahaja pan cake.

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

huwaaaa teringat adik is la tgk pancake ni.... dia sangat suka... nak nak kalo tambah buah2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...