Tuesday, September 4, 2012

Petua Mendapatkan Anak Lelaki?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai sahabat kita terutama rakan blogger sedang hamil, baru hamil dan bakal melahirkan. Cemburu i tau...sentap! huhu. Doakan saya dapat rezeki hamil juga ye, suka hamil sebab pahala berganda ketika hamil.

Anak saya dah berderet(eh berderet eh?). Dah empat tu kira ramai la juga kan? Selang bunga, perempuan lelaki perempuan lelaki. Apa yang kelakar ada kawan tanya apa petua nak dapat anak lelaki sebab anak dia berderet perempuan. Erk..petua? alamak! 

Takda petua la kawan-kawan, kan itu kurniaan Illahi. Cuma apa yang perlu kita berusaha. Apa yang saya tahu, benda ni cuma usaha je tapi jangan la percaya sangat, apa Allah beri kita terima, jantina apa pun sama je. Tapi adalah beberapa orang kata kan...

1. jika bersama waktu subur akan dapat anak lelaki
2. jika bersama waktu lain akan dapat anak perempuan..entah la ek?
3. jika sebelum bersama cuci vagina dengan alkali (soda bikarbonat) akan dapat anak lelaki...nak anak perempuan kena cuci dengan asid(benda masam)
4.Jika ibu itu makan makanan berdaging dan bergaram akan dapat anak lelaki, jika berlemak dan masam akan dapat perempuan, walluhua'lam

Ramai kata benda ni semua, tapi tak tahu lah sejauh mana kebenarannya. Nasihat saya, jangan la terlalu mengharap, nanti kecewa pula. Apa yang penting bayi kita sempurna dan sihat. Itu lebih penting, ingat...tiap anak membawa rezeki bersama mereka. Jangan risau tak mampu beri makan anak jika beranak ramai. Anak itu anugerah, indahnya saat bermain dengan si manja. Betapa ruginya orang yang tak mahu anak. Jika mereka tahu betapa banyaknya pahala dan hikmah mengandung dan melahirkan tiap tahun mereka nak bersalin kot...

p/s: ada gak ke orang pilih jantina anak sebelum mengandung? 


www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kurniaan Allah kakak punya 3 deret perempuan semua. Tapi dulu kakak suka makan ikan masin dan daging tau masa kakak mengandung tak suka makan asam-asam tapi anak kakak perempuan.. apa pun ketentuan Allah kan dik.. janji sihat dan sempurna

Peri PiA said...Reply To This Comment

lepas dah usaha,tawakal ;)
terima dgn ikhlas kan?
rezeki Allah bagi

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

ade je kak

cume kite je tatau

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

hahahahaha....mgkin ada kot kan cara dia tp kita rancang, tuhan yg tentukan... hehehehe....

erm...ini, ntah le.... waktu subur kot, tp bab cuci tu hahahahahahahahahaha tettttttttttttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...