Tuesday, September 11, 2012

Terapi-Bercucuk Tanam

Salam buat semua.
Sejak dari dulu memang saya minat menanam. Masa zaman anak dara saya tanam apa pun semua mati. Saya cakap tangan saya panas. Sebab tu semua mati tak hidup... Kononnye la.

Bila dah ada rumahtangga sendiri mula nak menanam. Ye la nak masak daun kunyit tak payah la beli, nak pakai petik je. Saya kan suka masak sayur labu, maka daun kunyit wajib ada. Sebab suka asam pedas daun kesum saya 2-3 pasu mesti ada kat rumah, daun sup, daun bawang mesti ada.

Berkebun pakai pasu pun boleh kan? Tak semestinya perlu ada batas dan cangkul kan? Limau purut, cili api.. Kalau semua ada memang jimat!



Tengok rose kuning saya, sedang galak berbunga sekarang ni. Berlawab dengan merah dan putih. Selain bunga raya giant saya ada rose juga. Tunggu masuk rumah baru baru saya nak beli bunga lagi..

Kenapa suka bunga? Kenapa minat menanam?berkebun ni terapi buat saya. Sangat tenang lihat dia berkembang dan tumbuh cantik. Dulu suka tanam sayur sayur saja, sekarang dah ada kat tanah air saya suka bunga juga.

Haa citer bab sayur nanti dulu, bayam, kacang panjang, tomato semua tu tunggu pindah baru boleh semai. Tak sabar nak tanam terung semua tu. Sendiri tanam sendiri makan! Puas hati. Tangan panas? Takda istilah tu pun, rajin dengan malas je sebenarnya. Tanam cara tak betul memang la tak hidup. Skill perlu ada, buat apa pun kalau takda ilmu semua tak jadi. Setuju? Dulu asik la cakap tak leh tanam sekarang saya suka menanam! Terapi minda.

www.tips-fb.com

9 comments:

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

bagus sebenarnya kalau berbudi pada tanah.banyak manfaat yang kita dapat

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

memang bermanfaat bila banyak berjasa dengan tanah.. kat rumah saya takde plak daun kesum..mcm nak kena tanam nih..hehehe

ieda said...Reply To This Comment

memang terapi terbaik dik
tapi akk x minat bercucuk tanam .. dari dulu lagi .. kalau tanam banyak x menjadi .. mati terus huhuhuh

-Sara- said...Reply To This Comment

best rasanya dh dapat tengok hasil kan..kalau buah dh boleh makan..hehe

kiera'sakura said...Reply To This Comment

tp tangan kira pun xmau klu tanam bunga kak mesti mati. tp klu tanam pokok berbuah insyaAllah pokok tue berbuah je smpi la dia reput dan buruk.

betul tue suka tanam pokok yg blh kita guna hasilnya. senang sbb slalu guna kuantiti ckit je

Peri PiA said...Reply To This Comment

tgn pia lagi panas,hihi

Mak Lagenda said...Reply To This Comment

Mmg seronok kalo berbudi pd tanah nih. Dulu, masa my mom rajin menanam,makan x abis!!

Keliling umah dia pi tanam dgn mcm2 sayur..mmg subur betul!

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

jd pekebun kat skola je beberapa bulan lps

tu jela

Woofer Storm said...Reply To This Comment

kalau tnam bunga mungkin nmpak cntik je kot,tapi kalau tanam syur pasti ada hasilnya.

slmt mlm ummi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...