Tuesday, September 4, 2012

Tips Memujuk Bayi Makan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar kawan semua, apa khabar ibu-ibu, mummy, mama, ummi dan apa saja panggilan kalian. Nak cerita sikit pasal kerenah anak yang susah nak makan. Anak-anak saya yang 4 orang ni dari baby alhamdulillah tak banyak kerenahnya. Mudah juga bagi mereka makan. Syafiq dan aqilah memang kurang nak makan masa bawah umur setahun tapi berat mereka cantik dan carta pertumbuhan pun naik lawa je walau cuma menyusu waktu tu.

Kalau anak saya...lahir biasanya dalam 3 kg camtu la, syafiq je 2.65kg dan aqila 2.20 kg masa tu. Tapi masa timbang umur sebulan berat mereka cantik.

Sebulan)masa pertama kali ke klinik-5 kg
2 bulan-6 kg
3 bln-6.7-7.0kg
4 bulan--7.5-8.0 kg

Biasanya macam tu la...tapi bila dah merangkak 6 bulan ke atas berat mereka naik sikit sangat , macma syafiq ni dah setahun sebulan berat baru dalam 11-12 kg saja. Itu pun naik sikit-sikit saja. 

Makan apa ek baby sihat? Ramai tanya camtu. Kalau aqilah ngan syafiq mereka takmo makan sangat sampai umur 8 bulan baru nak makan bubur. Biasanya bubur tu tengok la lauk ayam, carrot, ada la danging ke kadang-kadang...tukar-tukar la.

Anak yang susah nak makan ni memang kena kita layankan sikit. Macam syafiq dulu dia kurang nak makan, so masa buat bubur LM akan masukkan kentang biar dia kenyang sikit, lauk lain letak juga tapi kentang tu memang wajib letak sebab 4-5 suap dah kenyang baby tu. Tu cara LM la ...

Lagi satu saya akan pastikan makanan tu hancur betul, mudah bayi nak telan dan hadam. Takmo la makan banyak jadi baja je banyak kan...nak la jadi darah daging. Nanti anak kurus ibu juga susah hati kan? Kalau anak suka makan lauk ikan berikan lah selalu, pastikan lauk tu berkhasiat. Jangan beri makanan ada bahan pengawet dan perasa sudah la.

Jangan paksa baby makan, dah tak mau biarkan dulu. Nanti sambil baca buku suap 2-3 suap. Dia main lagi suap lagi. Kena rajin sikit la...baru baby kenyang dan enjoy dengan makanan mereka. Lagi satu, sebelum bagi anak makan tu jangan la beri susu pada mereka. LM takkan bagi mereka susu sejam sebelum beri bubur. Biar lapar baru mereka makan banyak, letih masak bubur tak makan kan rugi? rugi beras, ayam, gas..tenaga. Kan kan kan?

Makanan tu perlulah seimbang, ada sayur dan lauk. Jangan la kedekut lauk untuk si manja kita. Kalau carrot tu cuma carrot je? letak la ikan sikit, esok letak ayam dan bayam ke...lusa bronkoli dan daging...tukar-tukar. Perlu lihat ada protien dan vitamin dalam hidangan itu selain lemak dan karbohidrat. Jika lauk sedap pasti baby nak makan. Dengan maknya sekali suka makan sama. Selamat mencuba, makan perlu enjoy. Suasana yang bosan juga buat bayi tak minat nak menganga mulut nak makan tau. 



www.tips-fb.com

5 comments:

Peri PiA said...Reply To This Comment

jika Allah izinkan pia ade anak nanti,Amin

boleh cube tips LM ni ;)

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

bagus kongsi2 tip mcm ni not for KA but for yg len2 yg ada anak kecik hehehe

Atiqah Wadiah said...Reply To This Comment

waaa..tips yg bgos ni..InsyaALLAH akan digunakan pada masa akan dtg :)

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

tiap2 hr sy bg lala makan bubur 2 kali 1 hari. tiap kali makan amik masa 1/2 jam utk abiskan 1 mangkuk bubur. lala ni nak makan.. kena tgk TV. dh tgk TV kena tggu ada iklan.. tu la ragam dia bila nak makan. lala suka bubur telur.. kalau bubur ayam @ udang sy suka campur kentang & carot gak sbb nak bg pekat sbb lala x suka bubur cair...

kiera'sakura said...Reply To This Comment

bubur baby yg dah besar mkn pun sedap klu masaknya sedap hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...