Thursday, October 4, 2012

Baby Suka Mengutip


Assalamualaikum...

Ramai ibu jadi pening bila anak dah mula bergerk dan suka mengutip apa saja dan mula memasukkan ke dalam mulut. Baby syafiq ni dah 14 bulan pun masih mengutip tau, geram juga rasa hati ni.

Baby mengutip sebab mereka ada perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka merasa pakai mulut, sebab tu kain ke, apa saja yang pelik memang mereka masukkan ke dalam mulut. Itu belum kira lagi roti yang cicir di lantai atau ulat gonggok ke? ahaha....ramai baby kerap makan ulat gonggok akibat kecuaian ibu mereka ye kawan-kawan.

Sebab tu rumah kena bebas dari benda yang kotor dari depan bayi, memang bayi yang sedang dalam proses pembelajaran ni akan tertarik nak kutip apa saja. Tak terkejut kes bayi yang kunyah kepala ular sampai lumat tu kalau korang pernah baca dulu. Ops tapi bukan di malaysia ye.

Apa yang LM tak suka adalah pendapat orang tua suruh hiris halia dan tabur atas lantai.Nanti anak kutip dan rasa pedas mereka serik. Korang boleh terima idea tu? hari tu berbalah pendapat dengan bonda pasal ni. Siyes pada LM ia mendera anak. Macam orang letak jadam pada payudara sebab nak ceraikan susu anak. Sangat tak baik tindakan tu. Kalau LM nampak sepah bekas dia makan kutip je la, bagi lagi dia kismis ke apa tau budak tu suka makan. Kalau syafiq dia kenyang dia tak akan kutip sangat. Dia pun bukan tak tau benda tu kotor. Saja je nak makan gak. Macam syafiq kalau dia kutip apa-apa sampah sebelum masuk mulut dia akan pandang LM dulu bagi tau dia nak ngap benda tu. Sebab apa dia pandang? sebab dia tau LM marah dia kutip. Saja je  dia...

Selalu je syafiq kutip tisu nak makan, bila LM kata haaa makan lah!(dengan nada geram) dia terus gelak dan campak tepi. Teruk betul...saja nak test tahap sabar ummi kot?

Anak korang suka mengutip tak?



www.tips-fb.com

7 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

naim dulu suka gak kutip n msukkan benda yg dia jumpa ke dlm mulut.. tp tak lama, dh besar sikit dia dh xbuat lg...just pantau je pastikan dia tak termakan benda yg xsepatutnya..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

tabur kismis utk dia hehe..

bahaya kan kalau suka kutip dan masuk dlm mulut..mau kita tak sedar...huhu riso sangat eh

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

sama la lala.. tp kalau makanan dia x makan pulak tu. dia kutip benda x blh makan je.. smlm jumpa getah ikat rambut dia tu ntah bila tercicir atas lantai.. nasib baik perasan dlm mulut dia.. lala suka masuk mulut benda2 yg dia nak main tp makanan dia x kutip & makan sgt. kertas dia plg suka nak kunyah.. pantang jumpa kertas @ buku.. smpai paper pn kena letak tmpt2 yg dia x blh capai.. geram tu geram jugak la tp x smpai hati pulak nak letak halia bg dia kutip & makan..

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

entahla kak. lain org lain carenye

maybe care tu cre terakhir kalo tak berkesan sngt

tapi apepon pastikan uma bersih jela. biarlah perkembangan die nk merase sume bende y die nmpak

[[nuraficha]] said...Reply To This Comment

hehe.sy blum ada anak lagi..tp suka baca kisah pasal dak dak kecik bayi ni.

^-^

kiera'sakura said...Reply To This Comment

hahahaha syafiq nie comel la suka nyakat ummi dia hihihi..

*pssttttt nak tau dulu pernah mkn labah2. kn rumah kg plus ank mama sorang nie tersangat lah nakal

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Part yg last tu, geghammm nye... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...