Thursday, October 11, 2012

Bila Hamil Mula Bertukar Selera

Assalamualaikum semua...

Perjalanan hidup berubah bagai air di pantai. Kadang kala airnya surut, kejap tenang, kejap bergelora. Begitulah hidup, bukan sentiasa sama je kan? Apa kaitan sebenarnya dengan entri ni? takda apa pun, saja nak mengomel je.

Eh, tertanya pula pada diri, kenapa ye wanita hamil ni kebanyakannya saya tengok mereka akan mint makan benda yang mereka tak minat masa sebelum hamil? peliknya tekak orng hamil ni. Kalau dulu tak makan tempoyak masa hamil tempoyak wajib ada masa mereka makan. Tapi lagi pelik kalau dulu dia dia minat benda tu bila hamil tak makan pula?

Teringat pula dulu kan masa LM hamilkan aqilah, udang sotong yang LM paling suka terus tak boleh pandang. Geli sampai kembang tekak. Dah 7 bulan kot baru boleh makan udang dan sotong ketam tu semua. Ikan pun tak boleh makan sampai kandungan 5 bulan. Geli! peliknya masa hamil.

Kadang kala orang sekeliling jangan la mencemuh terutama insan tersayang. Cubalah fahami....bukan dibuat-buat kerenah nak makan itu ini atau teringin itu teringin ini, alah itu alahan ini. Semuanya di luar kawalan. Ada orang siap paksa isteri makan itu ini konon untuk zat, sampai termuntah-muntah si isteri. Kesian kan? protien bukan dari ikan sotong je kan? apa tindakan pun perlu seiring dengan pemikiran. 

Bertukar selera tak salah janji bendanya halal. Teringat encik laling tanya saya 3-4 hari lepas, apa yang saya idam benda pelik masa peknen syafiq kat Qatar dulu yang belum saya dapat. Daging apa? dia tanya...huhu. Saya nak gulai landak tapi segan nak bagi tau dia. Saya jawab je saya dah lupa...hihi. Benda susah dapat  ni malas sangat saya nak fikir, anggap je lah ia keinginan melampau! ekeke. 

Cerita pasal keinginan teringat dulu pernah teringin nak makan talam keladi, pewarna ungu tak jumpa, saya buat warnakan je dengan warna kuning dan makan tutup mata! sadis giler masa tu...huhu. Masa hamil saya, kukus dan oven sangat berkawan baik. Bukan apa kalau sehari tak membaking rasa macam serba tak kena. Bukan makan pun, makan sikit terus bungkus bagi jiran. Ish3...

Ada orang layan kita mengidam best kan? kalau takda sudi nak layan? huhu...sentap!

www.tips-fb.com

8 comments:

Nida Husna said...Reply To This Comment

masa saya cakap masa pregnantkan abg saya dia suka sgt makan rojak. lepas bersalin nak tgk rojak pun xleh =)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

patut syafiq rajin tlg akak membaking skang nie. dh akak suka membaking time pregnant hihihi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...Reply To This Comment

betul tu miza.. selera org mengandung kdg kala pelik sikit..

teringat masa akak mengandung anak no. 3.. tak suka mkn ikan bersaiz kecik.. mcm kembong, selar... siap pesan kat hubby kalau nak beli ikan beli ikan besar2 je mcm tenggiri, tongkol, merah dan sebagainya.. hehe.. padahal ikan mmg feberet akak tak kira apa jenis ikan sekali pun.. heee..

re: betul FP tu milik akak juga selain blog ini.. dulu kat fotopages akak gunakan MaDiHa saja sebelum kelahiran anak akak no. 3 Alin.. DiHa tu kata singkatan untuk nama anak2 akan... Di = Dini, Ha = Haziq. Lepas kehadiran Alin akak tambah huruf 'A' di belakang MaDiHa jadi MaDiHaA... A = Alin... begitulah makna singkatan padan nama MaDiHaA iaitu mama Dini, Haziq & Alin... ;-) sekarang FP akak masih aktif... sila2lah ke sana kalau nak tengok gambar aktiviti keluarga akak ye Miza... TQ..

p/s: email akak bermasalah.. tak boleh nak bukak.. maaf tak dpt reply email miza.. pun belum kesempatan nak ke pejabat pos lagi..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Nida Husnabiasanya mcm tu la.bila dah bersalin tgk pun rasa nak muntah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@kiera'sakurakiera...mlmtd bkn setakat membaking, dia tlg potong kek!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@MaDiHaA a.k.a Ratnahaaa kena besar sket poket masa tu ye kak ratna? hehehe.selamat suami fhm kan?

Peri PiA said...Reply To This Comment

ye la,sayangi lah isteri kan LM syg? :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Betul yang.. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...