Monday, October 1, 2012

Cara Pisahkan Tempat Tidur Anak

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Ramai di antara kita hadapi masalah untuk pisahkan tempat tidur anak-anak bila sampai umur yang kita rasa perlu mereka tidur sendiri. Biasanya umur 3-4 tahun tu saya dah pisahkan mereka ke bilik lain. 

Jadi masalah juga masa nak pisahkan mereka mula-mula tu. Anak-anak ni biasanya pada 2-3 hari pertama akan menangis. Bila dah teman sampai mereka tidur, tengah malam je mereka boleh balik ke bilik ibu ayah semula. Kunci pintu tak jalan sebab mereka akan gegar pintu bagai nak runtuh. Hati ibu ayah pun panas macam nak runtuh kan? ehehe.

Apa yang saya selalu buat untuk pisahkan tempat tidur mereka selain pujuk dan nasihat adalah dengan cara yang nampak ketinggalan zaman ni. Cara apa? haa...saya akan selimutkan mereka dengan pakaian saya yang tak di cuci lagi. Biasanya baju ayahnya dan baju saya juga saya akan gantung di dalam bilik mereka bagi permulaan latihan tidur di bilik sendiri. 

Anak-anak ni memang rapat dengan ibu bapa, tak hairan lah hilang je bau ibu ayah mula la mereka mencari walau dengan mata terpejam. Siap seret selimut lagi tu...haha. Alhamdulillah memisahkan tempat tidur anak-anak tak la susah untuk mereka bertiga ni, syafiq belum lagi. Tunggu dah tak menyusu malam baru boleh pisahkan dengan ummi. Sempitnya tidur bertiga, dah la dia tidur melintang sampai separuh katil...huhu. Korang ada tips lain? drop la kat ruang komen manalah tau ia boleh jadi tips buat kawan lain pula.




www.tips-fb.com

8 comments:

kiera'sakura said...Reply To This Comment

ank sedara kira meraung2 nangis xnk tido asing. pastu kakak kena teman smpi dia ttido. dengan kakak2 sekali ttido situ. hahahahaha

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

xde anak lg jadinye tatau

Saleha said...Reply To This Comment

Wah boleh ikut tips tu.. nanti kene selimutkan ngan baju jugalah

maszull said...Reply To This Comment

assalamualaikum lydia...memang susah kalau nak pisahkan anak2 tido sendiri ni tapi kenalah pandai2 pujuk yer...:)

CIK TOM said...Reply To This Comment

hehe..kelakar plk tips ni..tp mmg mujarab...ciktom dr kecik mmg mak ayah latih tido asing2..

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

lala pn nampak gayanya kena cium bau bapak dia jugak sblm tido. siang2 dia akan tido tmpt ada bau bapak dia jugak baru lama sikt tido.. maybe tips akak ni blh guna bila nk asingkan tmpt tido lala nnti.

syariena said...Reply To This Comment

Anak2 sy mmg x tdo dh dgn kiteorg dh..tp skrg tgh train pisahkn yg boy n girl pulak which is hard sbb tiap mlm sepuluh kali bgn sbb kakak slalu menangis.. Oh my...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

salah satu tips ni tolong saya rehat kejab tadi, hehe, hari pertama jaga baby Nazif lepas balik dari kampung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...