Thursday, October 18, 2012

Kain Batik Untuk Bersalin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saja nak cerita perihal kain batik. LM ni biasanya memang pakai kain batik saat dalam pantang dan sebelum bersalin saja, time biasa memang tak pakai sangat sebab tak seksi selesa dan tak kemas(selekeh). Kalau LM pakai rupa lebih teruk dari maid....huhu. Pakai jeans atau seluar biasa dalam rumah lebih mudah untuk LM buat kerja seharian. 

Sebab tak berkenan minat pakai kain batik yang tak seksi  serabai di mata saya tu, maka kain batik 10 tahun lepas pun lawa  lagi, memang jimat kan? hihi. Biasanya bila dah nak bersalin LM akan jahit 2-3 helai kain batik baru. Perkara wajib ada untuk bersalin adalah kain batik baru(yang dah basuh ye) untuk saya. Sebab 2 minggu pertama saya akan pakai kain batik. Nanti terkejut monkey beruk pula orang melawat ummi berseluar dalam pantang kan? (padahal pakai bengkung tu boleh je pakai seluar...haish!)

Nak dijadikan cerita, sebab baby syafiq bersalin terlalu awal haritu, banyak pula kain batik yang tak berbasuh. Yang ada dalam 5 helai macam tu. So bekalan untuk dibawa ke hospital dalam 5 helai termasuk yang di pakai untuk ke hospital...itupun dah basah lencun akibat air ketuban yang mengalir ikut helaan nafas je kot masa tu...ntah!

Rasanya macam cukup je banyak tu sebab bersalin kan pakai baju wad kan?tapi bila sampai hospital terus tukar kain lain, pastu basah kuyup lagi, tukar lagi. Muka dah pucat tengok kain dah nak habis tapi bersalin belum lagi. Suami jauh di qatar (belum sampai lagi...tu la baby tak sabar nak keluar sangat!)Mak jauh di segamat, konon nak bersalin sangat kat pantai hospital melaka la konon....(sebab segamat takda hospital swasta untuk bersalin). Terpaksa call mak minta hantar 2-3 helai kain lagi, ye la kot lepas beralin esok boleh balik takpe, buatnya baby atau ummi ada masalah tak dapat balik camne? nak pakai jeans? ekeke

Bila berkain batik dan ada bengkung lagi la kain mudah terlucut, memang tak selesa(auww saya bukan gadis kampung yang ayu kan?) dari serabai pakai kain batik dalam dua minggu je saya dah pakai seluar. Ala...dah ikat bengkung kuat-kuat, mana boleh jalan laju pun, langkah lemah gemalai je pun...kan kan ? ye la bengkung tu kan parah atas lutut. Tali berjela panjang sampai tak terkencing pun kena terkepit-kepit menahan sampai habis buka tali bengkung.

Nape tak suka berkain batik? entah..sejak anak dara memang tak pakai kain batik, dan rasa seksi part punggung bila berkain batik tu, walau bertshirt sebab saya bukan jenis tubuh kurus kering cam tiang letrik tu...so kurang manis untuk saya berkain batik terutama di rumah mertua yang ramai orang asing. Selamat saya masih ada kain batik kan? haritu balik segamat tengok dalam almari laling ada bersusun lagi kain yang tak berjahit. Bila nak bersalin ni? rugi ooo kain batik baru tak guna lagi, nanti mati tak pasal-pasal mak tiri anak dapat pakai lak! hehe(joking okey)

Sebenarnya ...moral dalam celoteh kali ni nak selitkan, bagi yang nak bersalin tu bawa banyak kain batik ke hospital pun takpe, risau nanti kalau kamu jenis turun air akan kalut macam LM bersalinkan syafiq pula. Lepas bersalin takda masalah pun, cuma tukar kain 3-4 kali je kot..itu pun sebab risau ada darah ke apa kat kain...

p/s:jom bersalin tahun depan nak? eh!!


www.tips-fb.com

9 comments:

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

hehehe.. kalau cakap pasal kain batik.. sama la.. saya pun hanya pakai waktu saya bersalin/dlm pantang.. sblm nak pegi bersalin.. siap beli kurang2 10 helai kain batik.. lepas tu senang sket.. sebenarnya mmg tak selesa kain batik.. tapi mgkn dok dlm pantang senang pakai.. sbb tengah baring2 nak bertunku.. so just buka bahagian atas je.. lepas tu mmg selit je.. hehehe..

Princess Pinky said...Reply To This Comment

gulp ~ darah ? ahaha. takuttt O.o

akhmas s said...Reply To This Comment

nice share sobat, ijin menyimak :)

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

ehhhhhhhh???? hahhaahhaa... awin pun tak penah pakai kain batek...ni kena potong pendek sikit la kot, kaloo tak mahu kain terseleret kan lantai

Izan Ishak said...Reply To This Comment

yayyy!!! syafiq akan dpt thn depan...insyaAllah~

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

bersalin? erkk kene kawen dlu la kak =P

diana said...Reply To This Comment

saya masa ngandung dan dlm pntang je berkainbatik.tp masa kt hospital haritu bwk sehelai je kain batik.untuk pakai masa balik je.kat wad memang guna kain hospital.
Sekarang kainbatik dah simpan sebab darah dah kering.jahit pun dah ok.pakai seluar je hari2.suami kata bila pakai seluar dan berstokinnmpak mcm nak pi menoreh je...hahahq

kiera'sakura said...Reply To This Comment

jom!!!! hihihihihi..

kira pakai kain batik umah mentua je. tue pun nak sbb nak pegi mandi. mama tnye nak kain batik ke pakai kira lagi rela pinjam suar track pakcik hihihii

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

wuuuuuuuu...takotnye nk hadapi...hiks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...