Thursday, October 18, 2012

Lawatan Ke Zoo?

Assalamualaikum...

Jemput aqilah balik sekolah tak henti-henti mulut dia berceloteh kata cikgu nak bawa ke zoo. Sampai rumah terus bagi surat, murah je pun baru RM25 siap makan semua. 

Persoalannya...
-boleh ke dia pergi? 
-mampu ke cikgu tu jaga punya ramai murid tu?
- kalau hilang anak ummi camne?
-anak 4 pun kami berdua kelam kabut nak layan, kalau ramai ok ke?(saya memang tak percaya orang jaga anak saya kecuali kami berdua atau bonda dan adik2 saya sendiri je)

Saya berdebar-debar, kalau lawatan ke zoo tu sabtu ahad boleh la join sekali, tapi hari selasa la pula...huhu. Kalau ayahnya izinkan pun saya kena fikir 5 ribu kali kot? risau dan teramat risau. Baru 4 tahun, mana tak risau, zoo dah la agak lecak dan berlopak, sekarang musim hujan. Risau aqilah terjatuh ke apa...huhu.

Kenapa saya risau sangat? kalau korang bagi tak anak kandung korang pergi? hanya insan yang tahu pahit jerih mengandung dan melahirkan saja paham perasaan saya kot? macam mana sakit nak melahirkan, macam tu juga sukarnya nak besarkan. Sebab tu saya risau jika apa-apa yang tak elok berlaku di belakang mata saya.

www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Jangan risau...lawatan nk buat ni sekolah kena informkan pada PPD awal.. lagipun, akan ada cukup cikgu yg awasi anak2 murid.. lagi 1 yg kagumnya, budak2 ni kalau lawatan dgn cikgu biasanya ok je, dgr arahan..

deno said...Reply To This Comment

beruntung aqilah dapat ibu mcm akak... :)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sakit hati nya dah tulis pnjg2 dah tadi sekali takde tenet menci menci menci ;( takpe2 kira tulis lagi..

mama kata lepaskan ank2 pegi lawatan sekolah. klu tidak nt sian kt ank bila masuk sekolah kwn2 cite itu ini sedangkan ank kita tatau pape. bab jaga jgn risau insyaAllah ckgu tue jaga kan.

Aqilah mmg kecik lagi nk lepaskan. terpulang pada umminya nak buat keputusan sbb insting ibu nie melebihi segalanya kan ;)

dh tak ingt sgt tulis pe yg pnjg td huuuuuu

diana said...Reply To This Comment

saya tak bagi pergi..hahah..
cikgu nya nak bawak pergi alor setar 3hb depan.memang saya tak bagi la..
dia nak pergi tapi saya bagitau kalau maisara mabuk2 dalam bas nanti sapa nak sapu kan minyak.kalau muntah siap nak uruskan maisara.terus dia kata tak payah pergi la ..heheheh...
memang dia mabuk kalau bejalan jauh..
lagipun risau la.kita pham sangt la anak kita macam mana bila bejalan kat luar..kan??sebab tu tak bagi pergi..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

kaaannn...xsanggup nkbayangkan klu bdk2 tu hilang t...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...