Tuesday, October 30, 2012

Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak


Salam buat semua...
Sihat ke?baru selesai suap dak bambam ngan qila makan. Sekarang ni baby syafiq dah mula makan nasi so LM suap saja bersama qila. Secapt sikit habis...hihi.

Bab makan qila tak la cerewet sangat, asal ummi suap makan saja tak kira lauk apa, cuma kalau dia suap sendiri berkurun la baru habis, lambat sungguh. Silap-silap tak habis. cuma qila ni perut tak besar cepat kenyang tapi makannya kerap. Ye la..dia lahir tak cukup bulan perut kecik agaknya.

Kalau maisarah dulu dari kecik makan banyak. Dulu anak bambam masa kecik suka lah, sama macam azhad. Badan bulat macam belon. Tapi bila dah sekolah rasa gerun anak jadi obes. Tak lawa pun ye juga, nanti kena ejek kat sekolah pun satu hal dengan kawan-kawan.

Bila mula sekolah saya mula kawal pemakanan maisarah dengan azhad. Paksa mereka swimming dan cycling petang-petang masa kat qatar dulu. Alhamdulillah berjaya juga. Kalau obes risau ada masalah jantung atau masalah kencing manis. Sekarang ni ramai kanak-kanak menghidap sakit jantung walau masih muda kan? salah siapa? salah ibu bapa sebab tak jaga pemakanan dan tak pantau aktiviti anak-anak sebenarnya.

Kalau aqilah pula tak pernah pun kawal makan dia memang dia jenis rangka kecil. Letih sikit je dah mula susut badan tu, muka pun dah jadi tiga segi nampak cengkung. Tapi bab makan masih berselera kalau kena lauknya.

Sejak dah ada anak ramai ni LM sendiri pun kena kawal nafsu makan sendiri. Ye la kalau kita mengada-ngada nak makan fast food macam pizza dan kfc tu tak pasal-pasal anak pun terlibat sama. So nak anak sihat kena ibu ayah usaha juga kan? Dulu anak kecik tak pandai makan belasah fast food seminggu dua tiga kali, sekarang ni dah ada anak kena fikir panjang. Risau anak sakit diri sendiri yang rasa berdosa nanti...huhu.

Kalau LM kan, bab coklat paling lemah. Dulu memang hantu coklat, sejak anak dah pandai makan ni memang jarang beli coklat risau anak sama gemuk...dah la manis..hihi. Bagus juga kan? disiplinkan diri demi kesihatan anak-anak. Seminggu sekali baru boleh makan apa yang mereka inginkan. LM tak la kejam sangat, sebab diri sendiri pun nak juga makan itu ini makanan ternak lemak tu...haha

p/s: tau tak kanak-kanak yang obes mungkin akan mengalami obesiti hingga mereka dewasa.

www.tips-fb.com

8 comments:

diana said...Reply To This Comment

keluarga belah saya ramai yang gemuk2..macam tu jgak degan belah suami.jadi saya memang kawal sangt makan si maisara ni..mujur dia pun nak ikut cakap.sejak dia dah besar ni memang jarang2 sangt kami makan kat luar sebab nak kawal cara makan dia.

takut la kalau dia gemuk nanti kat sekolah kawan2 ejek.dah la dia kuat menangis.

Kakzakie said...Reply To This Comment

Mengawal makan anak agak susah kalau di rumah banyak makanan. Tapi bila dah besar (terutama perempuan) otomatik takut gemuk dia tahu jaga sendiri dik... anak kakak yg no 2 tu dulu gemuk tau.. tapi masuk 11 tahun dia dah tahu malu so malam balik tuisyen dah tak mahu makan... sekarang 13 tahun dah ok tak gemuk pun...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

bagusnye ummi ni... :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

betul tu..mak ayah yg kena main perana supaya anak2 sihat membesarnya.. masa baby comel la kalau tembam kan? dh besar mesti diorang sendiri yg tak selesa nanti.

PaPa Blogger said...Reply To This Comment

Taubat Seorang Penzina : Perempuan Berjumpa Nabi Untuk Bertaubat Lepas Berzina

maszull said...Reply To This Comment

assalamualaikum lydia...tidak semua kekanak obes dah besar pun mcm tu ada juga yg besar mulalah berkurangan berat badannya sbb mama ada anak yg begini dulu tapi bila dah besar badan obesnya berkurangan...:)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

yeke kak klu lahir tak ckup bulan perot kecik? agaknya kira mcm tue kot. sbb kira lahir tak ckup minggu. patut tengah bulan 10 tp ujung bulan 9 dh kuar

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

ada baby kawan baru 5 bulan dah 8kg...huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...