Thursday, October 18, 2012

Sakit Nak Bersalin


Assalamualaikum...

Tahniah buat sahabat kita Diana atas kelahiran baby mikhail. Tengok sorang demi seorang dah bersalin rasa cemburu menguasai diri, tengok orang hamil lagi saya cemburu nak-nak ada yang kandungannya hampir sebaya dengan kandungan saya yang gugur tempoh hari...lagi sayu. Rasanya bila dia bersalin nanti lagi saya rasa terpukul kot?

Okey nak sambung cerita, bab hamil memang indah, mula-mula rasa perit sebab mabuk, muntah sana...muntah sini. Habis mabuk kena kawal makan pula, mula nak itu, nak ini sampai risau badan jadi anak gergasi. Biasanya saya akan kawal badan naik sekitar 11-13 kg saja dari awal hamil hingga nak bersalin nanti. 

Berat perut ke berat badan? entah...semua jadi berat bila hamil kan? kaki pun rasa berat macam kaki gajah tak larat nak melangkah. Kalau dah terlentang terkial-kial nak bangun macam kura-kura dah terlentang...haha. Mujur baby saya selalu lahir tak cukup minggu dan ada juga yang tak cukup bulan so saya hamil tak la lama sangat. 

Kenapa tak mahu hamil 40minggu? owh tidak...saya tak sanggup kot, memang tak larat bawa perut sebab tu Allah pilih saya untuk bersalin mengejut agaknya. Tiba-tiba baby nak keluar walau lambat lagi due nya...

Sakit ke bersalin, perghh sangat nikmat rasanya...tak percaya tanya kaum ibu yang lain. Berperang dengan perasaan rindu nak tatap anak dan berperang dengan ketakutan andai kata maut ketika melahirkan...nyawa dihujung tanduk!

Cerita bab sakit, masa hamil syafiq saya kononnya dah banyak kali teringin nak cuba set salindah cuba lah makan masa tu. Syukur sangat ia sangat membantu dan memberi tenaga, saya kan mabuk teruk masa hamilkan syafiq. Rupanya, memang lain sakit kalau makan salindah, masa jalan buka hingga 6cm saya cuma rasa kebas kaki saja. Ayah yang hantar ke hospital pula panik sedangkan saya yang air ketuban melimpah ikut hela nafas ni tak rasa sakit cuma rasa kebas saja hingga peha.

Sakit itu kita boleh kawal, dah 6-7 cm sakit mula menyerang, sediakan minda dan kosongkan fikiran. Allah ada bersama kita. Doa jangan lekang dari bibir. Memang saat bukaan 8 cm tu kesakitan dah umpama nyawa di paras hidung, sakit bagai disiat kulit dari daging kita, pandangan mula kabur. Tapi...gesaan baby yang seakan tak sabar nak bertemu kita buat kita tak sabar nak push. Saya sempat berbual dengan suami saat bukaan dah 8cm melalui panggilan telefon. Suami masih di qatar masa tu. Minta ampun sekali lagi, dengar pesanan terakhir dan akhirnya saya pulang handphone kepada nurse. Kesakitan untuk melahirkan buka seperti orang sakit kemalangan, atau sakit macam kena pisau, terpotong tertikam. Walau ia kesakitan yang paling hebat di dunia sebelum sakit menemui ajal tetapi kesakitan berserta kotraksi tu amat indah. Rasa tak sabar menatap wajah kekasih di dalam tu amat kuat dan buat semua ibu berjuang untuk segera melahirkan.

Buat sahabat yang bakal melahirkan, moga selamat bersalin. LM doakan korang selamat melahirkan. Sejak akhir-akhir ni ramai orang cari maklumat sakit nak bersalin untuk persediaan mental agaknya, tercetus idea berkongsi pengalaman lalu bersama kalian. Ingat...jangan menyerah kalah saat melahirkan. Ikut arahan doktor, dia suruh push jangan kata tak mampu. Atasi kesakitan dengan keazaman. Lakukan demi anak yang bakal lahir. Sikit kecuaian buruk akibat terhadap ibu dan bayi. Belajar teknikpernasana yang betul, ia amat membantu mengurangkan kesakitan ....percayalah!

www.tips-fb.com

12 comments:

Nurha said...Reply To This Comment

yeke..sy x pernah rs sakit bsalin normal huhu..bby kuar ikut tingkap, hehe..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

berdebar2nya rine kali ni..huhu

semoga dipermudahkan utk rine kali ni

kiera'sakura said...Reply To This Comment

paling takut dengar kalau ada yang hembus nafas baby termasuk balik kt dalam huuuuu

diana said...Reply To This Comment

sakit sangt...
lagi2 masa nak meneran tu..
kena tahan sakit lagi..
nak teran lagi..
memang tak sangka wanita yang nampak lemah rupanya boleh tempoh semua tu..

besalin kali kedua ni anak lemas dalam perut.najis dah masuk mulut dah.tapi saya tak upaya nak teran dengan sekuat hati.saya pejam mata dan bayangkan betapa susahnya saya hadapi 9 bulan ni tak kan saya senang2 nak biarkan dia pergi macam tu je.lepas tu saya teran sekuat hati dan cuma bayangkan sengsaranya dia kat dalam perut ni,yang tengah meronta2 nak lihat dunia,terus dia keluar.dah keluar pun saya tak dengar suara dia menangis.lepas satu jam baru nurse datang bagi tau bayi selamat dan dapt anak lelaki..

masa tu bahagia je rasa sebab pertama dia dah selamat dan yang kedua...kejutan!!dia lelaki..hahahah

Tihara said...Reply To This Comment

as salam,

seronok, tumpang hepi tgk orang pegnen n bersalin..doakan saya jugak :)

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

seramm...huhuhuhuhu

~ yus ~ said...Reply To This Comment

bagus ya set salindah tu LM? Yus teringin nak cuba kali ni. Sebelum2 ni tak pernah cuba pun, tapi macam takut juga...betul ke bagus ya?

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

Assalamualaikum.. salam kenal..
masuk sini nak kongsi pasal bersalin.. tak lama lagi giliran saya plak.. berdebar2 rasanya.. tapi tak per.. harap2 pengalaman dan persiapan cukup.. insyaALLAH.. :)
Takziah atas keguguran tempoh hari.. semoga ada rezeki menanti anda lepas ni.. aminnnnn

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

err da mula seriau cite sal bersalin heee

aimaniman said...Reply To This Comment

seronoknya akak baca entri ni,.. malangnya akak x merasa lagi.. dulu2 akak rasa dua2 sakit nak bersalin dan sakit kena potong, dah nasib akak kena potong 3 kali, x merasa la lagi sakit tu, tp mmmmmmmmang sakitttt,..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

peluang menjadi seorang ibu dan melahirkan zuriat sendiri mmg sgt2 mengujakan~

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

moga adik berkesempatan melalui saat tu kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...