Wednesday, October 17, 2012

Sedapnye Buah Ceri


Assalamualaikum

Sedapnya buah ceri. LM ni suka buah yang ada rasa masam-masam sikit sekarang ni. Bila dapat buah masam macam strawberry, ceri, plum, kiwi..laju la makan.

Time panas ni sedap mengunyah buah. Jom makan sama!

Khasiat buah ceri:


  • Sebagai penghilang rasa sakit--- Buah ceri mengandungi pigmen yang disebutanthocyanin, antioksida yang memberikan pigmen   warna  gelap merah dalam  ceri sebenarnya tinggi dalam nilai antioksida dan juga lebih tinggi kandungan vitamin E. Anthocyanin memiliki sifat anti keradangan yang kuat, dan menurut American Chemical Society, makan 20 tart ceri atau minum jus yang konsentrat sama dalam masa sehari, menyamai dengan ubat aspirin atau ibuprofen lakukan iaitu dengan menghilangkan sakit 
  • Banyak antioksida---Baru-baru ini penyelidik dari Texas mendapati buah ceri mengandungi kadar asid tinggi melatonin, antioksida yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh yang juga boleh melambatkan proses penuaan kerana ia membaiki kerosakan sel tubuh.

  • Rawatan Diabetis---Ceri dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

  • Kawalan penyakit---Ceri dapat mencegah kanser usus besar, mengurangkan rasa sakit akibat kerosakan otot, membantu dalam menangani rasa sakit gout dan arthritis, dan menurunkan LDL(low density lipoprotein) kolestrol,penyakit jantung dan strok.

  • Buah ceri kering---berkhasiat dan memberikan tenaga kepada tubuh malah tidak memberikan kesan sampingan. Selain dari itu, ia kaya dengan sumber mineral,enzim dan vitamin. Ia juga membantu dalam membersihkan darah dan kawasan penghadaman.
Rujukan:sini
www.tips-fb.com

6 comments:

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

mmg bagus ceri ni , katanyer utk yg ada gout juga entahlah !

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Kesuma Angsanaooo ye ke? buah2an byk khasiatnya kan KA

Aishah Jahirah said...Reply To This Comment

ceri yg tumbuh merata buah comel2 tu pun sama la jugakkan khasiat dia....:)

♥ Miss Hearty ♥ said...Reply To This Comment

wahhh..kena try jgk neh nti :)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

ceri tak pasti tp klu anggur tak bagus mkn klu demam panas. sepupu kira (memang dah takdir Allah gitu kan) dia demam panas. tak lalu makan. sebab dia cucu laki yg pak mak sedara syg sgt depa jamu dia dgn anggur sepanjang masa sebab dia lalu yang tue je. sekali dmam terlalu panas dan takdir Allah dia kena sawan tarik kat situ. smpi skang dia tak sihat..

itulah org kata jangan terlalu syg bagi semua apa yang dia nak kemudian mungkin tindakan kita memakan diri

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

thanks for the tips doc.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...