Friday, October 12, 2012

Siapa Kita Nak Pertikai Kerja Allah?

Assalamualaikum..
Tadi ternampak seorang gadis comel komen status insan ternama pasal jodoh. Gembiranya dia atas keruntuhan mahligai makhluk Allah tu.

Saya terfikir,siapa dia nak pertikaikan kerja Allah. Tiap insan yang berkahwin tak pernah terniat nak bercerai berai kan? Siapa kita nak pertikai soal jodoh, soal hati dan segala yang Allah dah aturkan?

Benci pada orang pun takkan sampai perlu bersorak atas kesedihan insan lain? Cukup sempurnakah kita?

#kalau boleh org tua tak mau ada hubungan dengan orang muda sbb mereka tau akan dicemuh

#kalau boleh isteri kedua tak mahu bermadu sebab tau mereka akan digelar perampas

# kalau boleh... Tapi kita hanya merancang itu semua kerja Allah.
www.tips-fb.com

9 comments:

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

gd n3 lah tq share!

puanbee said...Reply To This Comment

betul ,,kalau semua ikut kehendak kita , apa akan jd pada dunia ni ?

Iman Nur Aima said...Reply To This Comment

setuju sangat... :)

aimaniman said...Reply To This Comment

yupp.. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa, sebab tu kita kena berfikir sebelum berkata2, bukan cakap pakai sedap mulut saja sebab kerana mulut kita banyak hati yg akan berduka...

Riana said...Reply To This Comment

tu la kak,kdg2 spesis2 mcm tu bercakap mcm tak ingat lgsung yg diri tu hamba Allah..mcm xd risau esok lusa dia cm mana.dijauhkan dr sikap mcm tu.

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

betul tu kak...kita merancang, Allah juga merancang, namun DIA lah sebaik2 perancang...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

sokong LM.... siapalah kita nak komen asala masalah rumahtangga org lain...bukan kita tahu keseluruhan cerita.. lagpun bercakap tak baik tentang orang lain, tak takut ke Allah uji kita dengan perkara yang sma?

Peri PiA said...Reply To This Comment

dunia ni ibarat roda

kiera'sakura said...Reply To This Comment

Dia merancang terbaik tuk kita. sebab Dia tau apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu kan kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...