Thursday, October 4, 2012

Siapa Suka Wedges?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Siapa suka wedges..haaaa, bukan potato wedges ye, ni kasut wedges. Malam tadi dekat pukul 8.00 saya google gambar wedges kot la ada yang berkenan di hati nak juga sambar 5-6 pasang..ahaha. ayat tak boleh blah. Saya jumpa gambar ni..


Punya lah buruk perangai tengok 2 saat dah minat...huhu. Laju-laju cakap dengan laling nak ke jusco cari kat vinci. Ada ke vinci kat sana dia tanya, LM jawab ada!

Sampai jusco anak bujang si azhad tak pakai kasut..korang boleh bayangkan macam mana LM dan ayahnya jadi hulk? grrrr habis ku cubit macma ikan budak tu. Geram!!!

Kenapa dia tak pakai kasut? biasanya dia kalau pakai selipar ummi marah, kata selekeh. So dia ni simpan la kasut dalam kereta. Kadang-kadang kasut raya tahun ni, kadang-kadang yang beli kat Qatar dulu. Dia ingat kasut masih ada dalam kereta, rupanya dua-dua dia dah bawa turun dari kereta. Yang dia pula masuk kereta berkaki ayam. Geram kan?

Last-last LM cari kasut sendiri je la, dia duduk dalam kereta je. Geram!! tau tak LM tak jumpa kedai Vinci kat dalam jusco tu, jusco taman equine SK. Memang takda ke apa tak tau la...last-last dapat jenama lain. Ahaks..nanti LM tepek gambar ye? rupanya sangat mirip dan paling suka dia tak la sampai 4 inci tinggi nya, mau tergolek LM kat umah mertua adik nanti. Rumah adik ipar LM tu dah la bawah bukit, curam okey! kena jalan dengan ayu dan penuh senyuman masa turun bukit tu..gaya-gaya wanita melayu kedua terakhir..ahahaha.

Kenapa LM suka wedges? sebab lebih selesa dan stabil berbanding heels! lepas ni misi kumpul kasut pula ye, padahal mei lepas dah beli satu, tapi nak let go la sebab tinggi sangat. Baru pakai sekali je.


www.tips-fb.com

14 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

saya suka, saya suka...mmg sejak ada anak ni kalau pakai heel mmg cepat lenguh, jd sekali sekala nk bergaya, mmg kasut nilah jd pilihan..kalau tak pakai yg flat je, biarlah tak nampak cantik n tinggi pun..yg penting selesa

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

shida ada bape pasang erk..dah x egt tp semua dah xpakai..selesa pakai flat je...tp baru malam td teringat nak pakai wedges tu semula

[PCL] said...Reply To This Comment

selalu gak meneman wify beli kasut...dok suruh gak beli yg ada heels tu...tak mau dia, so now sy tau knp?

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

vincci sales wedges dia..2 pasang rm89..hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Aisy Nasihasbb heel tu x stabil kot, kita kan dukung anak.sgt bahaya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@aDisH.sHidAsy tak leh flat sgt..nnt sakit pinggang.doc suh pki plg tak 1/2 inci br okey

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@[PCL]dah tau kan? so pasni belikan isteri lg 5 wedges ye..hahaha

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak pun suka wedges dari hills dik. Selesa dan confirm tak terpelecok...

Aishah Jahirah said...Reply To This Comment

pakai jugak...tp lbh suka yg flat.camgini my sis suka la...:)

Izan Ishak said...Reply To This Comment

izan pun suka! tapi bila ada baby ni simpan dulu wedges yg ada. pas bby besar baru boleh melaram balik... haha..

Miss PIJAOSIX said...Reply To This Comment

makwe, mane ade vinci kat jusco equine tu...kat mines ade la...heee

kiera'sakura said...Reply To This Comment

heels dgn wedges kira lagi suka wedges sbb kaki x letih klu byk jalan. tp skang lebih suka flat dan bertutup senang klu nak berlari pun sbb kira jln laju and loq laq skit hihihhi

Saleha said...Reply To This Comment

cantik.. sayapun suka
tp peknenni kena pakai yang lese je lah

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak sejak x keje ni ber wedges aje :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...