Saturday, October 20, 2012

Tungku Besi, Batu, Moden?

Assalamualaikum...

Dalam pantang mesti nak bertungku kan? kalau jenis yang berpantang la, orang moden tak yah la baca, boleh pangkah. Kebaikan bertungku tak payah la nak cerita kat sini nanti jadi kacau bilau entri ni dan panjang berjela. 

Okey...dulu anak first dan second LM pakai batu sungai saja untuk bertungku. Tapi bila pindah ganu bidan suruh beli tungku besi katanya bagus berat dan tahan lama panasnya. Kalau berat sedap je masa proses bertungku tu dan panasnya memang tahan sampai berjam biasanya....saya bertungku paling tidak 3-4 kali setiap hari sepanjang pantang tu.

Akhirnya saya punyai 2 saiz tungku besi cam dalam gambar ni. Yang jenis moden tu tak suka nak pakai sebab leceh nak kena stim dan sangatlah kejap panasnya...so tak layan yang moden tu.



Sekarang ni ada tungku bantal yang panaskan pakai letrik kan?

Kat umah ni ada 3 bijik tapi tak selera juga nak pakai dalam pantang, setakat pakai nak tuam anak kembung ke...okey kot? saiznya besar dan tak sesuai nak pakai bertungku satu badan saya.

Korang bakar batu tungku tu lama tak? balut pakai apa ye? hurmm LM mula-mula balut dengan daun mengkudu baru balut dengan kain. Sedapnya bertungku. Lega rasa urat. 

Mana satu pilihan kita tak jadi masalah, janji bertungku demi kesihatan diri. Sebaiknya sediakan awal-awal sebelum cukup bulan. Tak la tergesa-gesa nak mencari bila balik hospital nanti kan?




www.tips-fb.com

8 comments:

Zulkbo zulkboCom said...Reply To This Comment

salam..
suka baca ayat anda tentang tungku tu..bila baca teringat je masa mak bertungku dulu..sekarang dah moden,susah benar nak cari daun mengkudu di bandar,kalau bertungku pun guna batu sungai balutlah daun apa pun..

missSenget said...Reply To This Comment

bertungku ni, buat sendiri ke, orang buatkan sis..?

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

kalau tengok mak ngan ayah bertungku, diorg panaskan x lama pon dalam 5 minit lepastuh balut dengan kain bersih.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Samala LM..pkai daun mengkudu..then br balut dgn kain..fuhh..xsabanya nk bertungku..suka!!

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

tungku bantal tu awin dpt 3 juga ade org adiah ms kawin aritu....tp best kalau pakai tungku besi lagi kan....panas dia sedap2 je...hehehe

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

saya guna bantak ketrik tu je kak.. bertungku ni rasa mcm susah.. tp sebenarnya malas. hahahahaha

kiera'sakura said...Reply To This Comment

kira suka bau tungku panas2 tue.. bau dia sedap. balut ngn daun mengkudu

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

oo...daun mengkudu ke kak..
bru thu..hiks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...