Thursday, November 22, 2012

Lauk Apa Yang Tak Sedap Simpan?


Assalamualaikum semua

Eh tadi cerita pasal lauk kurma semalam yang berlebih tu LM terfikir pasal lauk. Eh tak habis lagi bab lauk ek?

Korang selalu simpan lauk apa? sebenarnya LM ni jenis tak minat makan lauk bermalam. Bukan semua lauk sedap di makan selepas disimpan semalaman. Kalau lauk sambal, lauk cari atau kurma, gulai ke ok lagi. Tapi kalau sup-sup rasa dia akan berubah jika di simpan bermalam. Lari sikit kot. 

Sebab tekak ni agak cerewet nak masakan segar dari dapur, makanya LM akan kira berapa ekor ikan nak di masak, sup pun macam tu. So benda tu akan habis time tu juga takmo simpan-simpan dah. Perasan tak lauk kalau di simpan memang selalu terbuang? membazirnya...berdosa kan?

Tapi kalau asam pedas lagi di simpan lagi sedap...weeeeeeeee....


www.tips-fb.com

7 comments:

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

betul tu sis LM... wani pon slalu simpan asam pedas utk mkn esoknya pulak...brtambah sedap rasanya... pastu sambal ikan bilis... buat byk2...simpan la 2-3 ari bleh mkn lg...hihii..tp yg ni kena wat kering2 la

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

saya pun sama, kalau boleh masak cukup dengan ahli yg ada dan dapat habiskan semua.. selalunya kalau simpan pun, akhirnya benda makan tu masuk tong sampah juga sebab tak ada yang nak makan...

akuanakpahang said...Reply To This Comment

Salam, lintas langsung drp kami :)
http://akuanakpahang.blogspot.com/

diana said...Reply To This Comment

selalunya saya masak cukup2 untuk makan satu masa.tak de simpan2..
ssebab tekak saya sama macam lm.nak makan yang baru masak.satu sebab rasa nya dah lain..dan satu sebab lagi memang tak mau lauk yang sama dengan waktu makan sebelum nya..cerewet kan??

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

smala LM..xsuka lauk smlm..seyes..esp sambal.n sup..klu kari ke asam pds mmg sedapla lg..sbb dh mesra kan

maszull said...Reply To This Comment

assalamualaikum lydia...betul tu mama sokong asam pedas tu mmg la lagi disimpan lg sedap jadinya...:)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

klu laksa pn lagi lama lagi sedap hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...