Monday, December 31, 2012

Lobster


Assalamualaikum
Apa khabar semua? Ingin sekali saya kongsikan gambar dalam simpanan saya ini buat tatapan kalian semua.



Gambar ni saya snap sewaktu holiday saya le kota kinabalu baru- baru ini. Memang teruja lihat segala ikan,udang,sotong dan ketam yang dibakar dalam pelbagai saiz.

Bukan sesuatu yang aneh jika kita lihat lobster dibakar dengan banyak di sana. Sedia maklum harga lobster yang mahal buat say kehairanan mereka menjual lobster bakar dengan banyak sekali macam kita di sini jual satay pula.

Harganya? Sudah tentulah mahal. Biasanya jika ditanya saiz besar harganya dalam RM150 seekor dan yang saiz kecil harganya dalam RM30-50.

Pelbagai jenis ikan bakar ada di jual. Di belakang pasar filipina ini kebanyakan ikan bakarnya di bakar bersam sambal khusus yang di makan bersama air asam dan sambal belacan. Biasanya kami akan makan di sana bersama air kelapa yang segar.

Meriah... Ikan kerapu dan siakap bakar juga sangat murah. Harganya separuh harga dari tempat kita di sini. Berbaloi jika memilih percutian ke kota kinabalu. Bonus buat saya yang bermalam di Le Meridinien,boleh serbu medan selera ni tiap hari kerana ia terletak di seberang jalan hotel kami saja

P/s: jom ke sabah lagi...
www.tips-fb.com

3 comments:

abah khalisha said...Reply To This Comment

sedap tu!..sekor mmg tk cukup

pena rozie said...Reply To This Comment

Bile tah nak g melancong kat sabah

diana said...Reply To This Comment

wah...
untung orang2 kat sana..
kita kat sini nak jumpa lobster kena pi restoran2 mewah2 la..tak jumpa tepi jalan..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...