Sunday, January 6, 2013

Dia Sorang Pun Jadi


Assalamualaikum
Si kenit ni dah setahun setengah dah pun. Akal makin panjang, kerja tak pernah berhenti,ops bukan kerja ummi tapi dia yang buat kerja tak pernah berhenti. Rajin bukan main.

Kalau ayahnya berkemas sampai jam dua pagi dia pun sibuk berebut vacum dengan orang. Kalau lepas makan bersepah kejap lagi dia dah seret penyapu. Dah la penyapu lebih tinggi dari dia.



Dia selalunya mandi dengan abang ad. Tapi kalau abang ad takda dia tak heran takda orang nak berjemaah dengan dia. Sorang- sorang pun jadi. Dia boleh main dalam bilik air berjam sampai kecut.

Kalau takda abang kakak pasti ummi tak jadi nak buat kerja sebab nak jaga dia risau lemas ke apa. Orang makin besar ni akal
bergerak je. Ummi tak siap kerja takpa janji dia selamat dan tak mengamuk. Malas nak layang mengamuk dia yang menyakitkan telinga.

Terfikir juga, agaknya dulu terlebih vitamin ke masa ummi hamilkan dia? Ayahnya dah pesan, nanti menandung lain kali tolong duduk diam- diam... Bawa- bawa berhenti buat kerja... Risau jadi macam dak kenit ni yang langsung tak tau diam. Hihihi
www.tips-fb.com

6 comments:

pena rozie said...Reply To This Comment

Ok la ade gak yg tolong kemas. Hehehe.....

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

bukan main lagi ye syafiq nie...

wah bilik mandi awak..mcm kat hotel dah

Muslimah Optimis said...Reply To This Comment

bila lagi nak mengandung akaknye?? hehehe... ameen

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Dah panjang akal..hehehe

Cik Honney said...Reply To This Comment

cantiknya bilik air akak..hehe

http://www.wadahberbicara.my/

diana said...Reply To This Comment

maknanya nak mengandung lagi la ye??bile??hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...