Wednesday, January 9, 2013

Gulai Ikan Kurau Bersama Nenas

Assalamualaikum
Maaf lambat berupdate hari ni. Entah apa yang dibusykan tapi memang macam tak terkejar rasanya. Macam tak cukup tangan.

Malam ni menu kampung saja.. Saja nak lawankan ikan kerapu sweet sour tu. Dah berapa hari nak buat menu ni tertangguh sebab malas nak perah kelapa.. Hihi *kantoi. Ops menu masak sambil hati berdebar sebab aqilah dan syafiq berkubang dalam jakuzi buat saya berlari setiap tiga minit ke bilik jenguk mereka. Risau syafiq jatuh walau air tak dalam mana. Berpuluh kali pesan kat qila kalau syafiq jatuh jerit kat ummi.



Tara... Inilah hasilnya. Masak sikit saja. Ikan masin yang saya beli masa ke KK berbulan madu baru- baru ini.

Uik tak apasal nenas tu jarak jauh rupa macam kentang? Saya hiris nipis layang kan saja nenas tu tadi. Tapi dalam gambar rupa kentang la pula.. Ermm

Belum siap kuah masak saya dah paksa budak dua orang tu masuk. Takpalah janji dah perah kelapa. Syafiq ni dengki sangat tak bagi ummi buat kerja. Memang tak dapatlah perah kelapa kalau dia ada. Santan kotak? Santan pasar? Saya tak suka guna. Santan pasar pun ada campur bahan lain.. Pekat semacam tapi tak lemak. Awas jangan tertipu~

Rine nak tau episod bulan madu yang ke 10 haritu.. Ops haruskah ia berepisod? Perlu kot... Haha. Nanti saya pertimbangkan permintaan rine. Kalau ada tu adalah ye, risau ada yang termuntah hijau baca nanti.. Hihihi.

Ok dah melalut panjang, saya nak isi perut dulu. Gambar ikan malu nak tunjuk.. Hahaha.

P/s:korang masak apa malam ni?
www.tips-fb.com

6 comments:

umialya said...Reply To This Comment

sedapnya..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

sedapnya tu, warna pn nampak menarik je.. sukalah budak2 mandi di rumah baru ni nampaknya..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Tak kira nk jgk suruh LM buat entry..hehe

diana said...Reply To This Comment

saya guna santan kotak..dah lama tangan ni tak memerah santan..heheh

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

xpernah makan ikan kurau..huhu

deno said...Reply To This Comment

wow nampak menyelerakan! tetiba teringat pajeri nanas! emmmm... sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...