Thursday, January 10, 2013

Mihun Ke Nasi Lemak?

Assalamualaikum...
Malam tadi sakit perut 'cerry berry' dan muntah- muntah. Menggosok baju sekolah anak pukul 11 malam sampai rasa nak tumbang pun ada. Sebelum tido rendam
Mihun konon nak goreng pagi esoknya.

Pukul 6.30 baru terhegeh-hegeh nak bangun, memang tak sempat nak goreng sebab badan sangat tak larat akibat ulang alik ke tandas malam tadi.

Anak yang tiga tu saya cuma buatkan nestum saja, mereka beli nasi lemak di sekolah agama. Untuk laling sah la takda sarapan. Bagitau dia tak larat nak goreng walau dah berendam, nape tak beli? Dia tanya? Huhu dah siap sandang beg nak kerja dia lari jap pergi belikan sarapan.

Nasi lemak ke mihun? Soal laling. Laaaa takmo la nasi lemak, saya ni dah berat. Jawab saya selamber. Kalau korang nak tau saya jarang sangat beli nasi lemak di kedai sebab tak sedap. Kalau nasi lemak daun pisang yang saya dah tau sambalnya sedap baru saya berani beli.

Cerewet? Ye.. Bab sambal memang saya cerewet. Tak suka sambal yang tak sedap. Huhu

P/s: ada orang berdiet sini? Saya nak turunkan 2 kg berat saya, malangnya baru 200gram turun. Haiyaaa sedih tapi padan muka sebab tak senam pun sebenarnya.. Hihi. Sejak dah 52 kilo ni saya jadi pemalas,badan berat dan tak larat nak gerak ke sana sini. Sadis sungguh!
www.tips-fb.com

10 comments:

Syariena Blueberrina said...Reply To This Comment

minum air kelapa byk2 za..in shaa allah cepatttt smbuh

Cerita Saya, said...Reply To This Comment

Slm kak lydia, badan akak dah cantek.. jgn kurus sgt.. pleasee

abah khalisha said...Reply To This Comment

Itulah klu beli nasi lemak kt tmpt yg pertama kali beli mesti teragak-agak juga sebab tkt nasi and sambal tk berapa nk sedap

diana said...Reply To This Comment

dua tahun lagi baru saya diet giler2..sekarang cuma kawal makan dan bersenam sikit2 je.nak diet macam dulu tak berani dah.

NinaAz said...Reply To This Comment

hehe... saya tengah berdiet ni kak. ada lagi beberapa minggu sebelum cuti tahun baru cina. nk lose lagi 4kg! baru 1 kg turun dalam masa seminggu. aiyokkkk!!

pena rozie said...Reply To This Comment

Memang kalau badan kg berlebihan vkit pun dah jd pemalas...

che mid said...Reply To This Comment

Salam kenal dari che mid.. hai turun 200gm pun boleh tahu ke.. che mid naik 10kg rasa kurusss je.. he he

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

shida pun cerewet gak bab makan..org kata la...

kecian awak ulang alik g tandas..silap makan ke apa nie..ke awak makan ubt plansing

-Sara- said...Reply To This Comment

baru 52, kita dh 60++..menci tau! :(

deno said...Reply To This Comment

siannya akak... jgn lupa ubat ye kak... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...