Monday, January 7, 2013

Tips Menangani Tak Mahu Ke Sekolah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah masuk minggu ke dua persekolahan, anak-anak besar dah semakin selesa dengan rutin harian namun anak-anak tadika biasanya baru memulakan sesi pembelajaran pada hari ni. 

Terbaca status kawan-kawan yang anaknya menangis meraung tak mahu ke sekolah. Pasti ia merisaukan, merumitkan urusan seharian dan juga melambatkan ibu atau bapa ke tempat kerja bila anak meragam tak mahu ke sekolah.

Sebenarnya kita kena faham mengapa anak tak mahu ke sekolah. Anak ni macam kita juga, cuba letakkan diri kita di tempat asing tanpa kita kenali sesiapa di sana, mahu mati kutu kan? begitulah anak-anak. Rasa terancam, tak selamat dan tidak mahu berpisah dengan ibu bapa itu adalah perkara biasa.

Sebaiknya pujuk anak dan kenalkan dia dengan guru. Beri dia rasa selesa dan selamat dengan guru mereka. Kenalkan dia dengan kawan yang boleh dia bermain dan bergantung harap. Jika ada kawan, mereka akan rasa selamat berada di tempat yang begitu asing kepada mereka.

Pemilihan sekolah dengan persekitaran menarik, ceria dan guru yang bagus amat penting sebenarnya. Kadang kala anak-anak ni bukan saja-saja tak mahu ke sekolah tetapi faktor murid lain yang mungkin pembuli, nakal, mengusik, kelas yang hambar, cikgu yang garang macam singa lapar mungkin buat mereka kecut perut dan merasa tidak selamat berada di sana. Cikgu tadika garang? ye...jangan tak percaya, ramai sangat saya jumpa cikgu tadika yang garang mengalahkan cikgu matematik darjah enam. Terjerit-jerit memarahi anak kecik 4-6 tahun tanpa rasa kasih dan simpati, menjenggil mata dan memarahi dengan pandangan benci dan penuh amarah. Ada ye...sebab itu nak pilih tadika sebaiknya pilih tadika yang gurunya berkursus dan berilmu. 

Erm...dah lepas pun kalau nak fikir bab memilih sekolah kan? okey...jom kita usahakan apa yang boleh. andai kata anak masih menangis pagi tadi, apa kata malam ni bila dia dah tidur kawan-kawan buatlah begini

1. Masuk ke biliknya, peluk cium dia dan bisikkan harapan kalian mahukan dia ke sekolah dengan riang dan ceria tanpa tangisan lagi.
2.Bacakan surah taha ayat 1-5 dan hembus di ubun-ubunnya.
3.Baca ayat nabi Daud "Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"
4. Selebihnya solat hajat dan mohonlah moga Allah permudahkan urusan seharian kita seperti yang diharapkan.

p/s:jangan dimarah dan pukul anak andai tidak mahu ke sekolah. Bertindak bijak tangani masalah adalah lebih baik dari mencari menjadikan ia masalah dan terus menganggap ia masalah.

www.tips-fb.com

4 comments:

diana said...Reply To This Comment

tip nak atasi anak yang tak mau cuti cemana LM??bila hari cuti memang masalah besar la sebab dia sibuk nak kesekolah jugak..bukan paham bila kita kata HARI NI CUTI LA MEK..!!

deno said...Reply To This Comment

:)

citarasa rinduan said...Reply To This Comment

syukurr

thanks dik

deno said...Reply To This Comment

adam khaleef bersemangat nak ke sekolah... tahun ni dia baru ke tadika:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...