Wednesday, March 13, 2013

Amankah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Wah sedapnya dak bambam makan roti arab. Port kegemaran pastilah kedai mamak kat cyberjaya tu... Ermm nyum nyum cicah dengan kari kambing!

Ops lari tajuk. Amankah korang yang ada anak kecik makan di luar? Bagi yang ada anak seusia syafiq kalau tak lasak ok lagi kan? Kalau dapat setangkas syafiq? Ampun!! Makan pun tak kenyang. Baru nak menyuap dia dah panjat meja, baru nak mengunyah dia dah jatuhkan sudu. Jap lagi dia terjun dari baby chair tu, kalau dia turun nanti dia merayau ke meja orang takut dia ganggu orang lain la pulak kan?

Walau syafiq tangkas biasanya dia hanya merepek di meja sendiri saja tak ganggu meja sebelah. KECUALI... Ada kucing bawah meja orang tu memang dia akan pergi dan merangkak bawah meja orang tu kejar kucing. Jenuh nak minta maaf pada orang tu sebab terganggu dengan aksi syafiq.

Hurmm ada orang tak suka anak orang meliar ke meja mereka. Tapi betul juga, haritu saya tengok ada baby boy ni lasak nya macam syafiq juga, tapi lagi terlebih vitamin. Capai air di meja sebelah siap tumpahkan, tarik pinggan orang sampai cekut nasi goreng orang. Alahai... Mak ayah baby tu pun satu hal.. Apasal la slow sangat kejar anak? Tak rasa berdosa ke sampai mengganggu ketenteraman orang lain nak makan?

Sebab tak mau orang rasa terganggu la memang jarang sangat dah menyuap kat luar dah kami semua ni. Sebab malas nak kejar si bambam ni. Risau kedai tu ada kucing, memang dia akan kejar kucing tu bawah meja orang. Tak best la kan... Mengganggu orang lain:(

Anak kecik ni tak faham apa, cuma kadang kala terasa sebal juga dengan sikap sesetengah ibu bapa yang tak prihatin. Awak dah tau anak awak lasak apa kata awak makan vitamin biar diri tu ada cergas sikit. Jangan sampai ganggu ke meja orang lain pula. Pernah saya punya air pun kena sedut dek anak orang lain tau. Perasaan?? Err senyum kambing je laaa... ( pasrah)

Bukan salah anak kot? Tapi sebagai orang dewasa apa kata kita lebih prihatin. Apa perasaan kita jika kena pada kita? Anak kecil ni comel, tak salah apa pun. Nak bawa anak jalan ke, makan luar ke kalau boleh kita minimumkan kebarangkalian anak mengganggu ketenteraman orang meja sebelah.... Any komen?

P/s: hidup ini anugerah, semalam kita berduka, hari ini kita bersedih... Jangan lupa Allah ada... Mengadulah kepadanya, insyaAllah esok atau lusa mungkin juga bulan depan Dia hadiahkan kita kebahagiaan yang berganda akibat ketabahan dan keredhaan kita menerima dugaan yang lalu tanpa melupakan diriNya... Wallahua'lam.
www.tips-fb.com

9 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

alaaa...budak bambam ni..
standard la budak kecik...kne tahan jela kan kak..hiks

Yan Ty said...Reply To This Comment

Agak menyusahkan bila berada di situasi macam ni , memang tak makan kesudah la si ibu nya.

Izan Ishak said...Reply To This Comment

betul miza... adakalanya makan kita terganggu tak kiralah dgn kerenah anak2 sendiri atau anak2 org lain. kalau anak2 sendiri adakalanya sampai dibuat ayahnya terus balik pun pernah juga. tapi setakat ni anakanda ber5 ni masih terkawal lagi...

Mooniqueen said...Reply To This Comment

Anak MQ time tgh melasak mmg penat la kami laki bini bergilir jaga anak time mkn.. name nak mkn dgn aman mmg xde la..

saniah said...Reply To This Comment

Dak bambam suka kucing jugk ke? Hehe...mesti kucing pun takut dgn dia tu yg lari tu
Mmg betul la miza ...ada parents yg tak berkisah nk educate kan ank utk behave..biar je lari sana sini bila terlanggar jatuh ke apa nk marah tuan kedai pulak...
Mcm2 kan

Rozita said...Reply To This Comment

kami memanjang makan kat rumah...pasal makan kat luar dengan 3 anak kecik? tak kenyang..

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

prnah kes de parents biarkan anak2nya kaco orang,diorg sedap je makan..emmm..

KuNanGKuNanG said...Reply To This Comment

biasa la budak kecik..parent pun kena pandai kawal keadaan dan org sekeliling pun kene la faham..

diana said...Reply To This Comment

betul la...kita kena kawal la ank kita.bukan semua orang suka anak kecil..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...