Tuesday, March 12, 2013

Hidup Ini

Assalamualaikum...
Salam selasa buat semua, moga hari ini memberi sinar bahagia buat kita semua, insyaAllah... Kesempatan yang ada ini LM mengambil peluang ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat akak kesayangan saya kak saniah talib pemilik laman www.saniahtalib.blogspot.com.



Ibu penyayang kepada anak bongsu bernama suhaila ini amat rapat dengan LM. Alhamdulillah banyak memberi inspirasi dan nasihat serta banyak memberi penguat semangat untuk bangun tatkala lemah dalam percaturan hidup. Moga dengan pertambahan usia ini kak saniah sentiasa sihat dan mendapat keredhaan Illahi hendaknya.

********

Kadang kala kita berduka atas kesedihan lalu tanpa kita sedar ia mungkin balasan atas tindakan kita yang lalu. Kadang kala kita putus asa untuk melangkah maju ke hadapan tanpa kita sedar bumi ini luas untuk kita mengorak langkah mencipta kejayaan dan meraih kebahagiaan.

Sekali dibenci seseorang bukan jadi penamat sehidupan, lihatlah kiri kananmu, depan belakang dan mereka yang di sana, sana, sana dan yang pasti Allah juga tak pernah membenci kamu dan sentiasa ada menyayangi kamu. Selagi ada Allah mengapa perlu bersedih dibenci insan yang kamu sayang?

Sekali gagal tak bererti esok kita akan gagal, selagi bumi berputar, selagi ada esok dan selagi ada usaha, kejayaan itu pasti akan kamu raih walau mungkin bukan esok kamu kecapinya... Mungkin lusa kejayaan itu dalam genggaman kamu,siapa tahu? Maka perlukah berputus asa!

Sekali menyayangi teruskanlah hingga ke akhir hayat kerana dengan kasih sayang mampu membuat insan yang disayang bahagia dan mengenang tiap pemberian kamu yang penuh kasih sayang walau dia telah berhenti menyayangi kamu. Buanglah rasa benci,usah simpan dendam.. InsyaAllah kamu akan kuat hadapi apa juga rintangan dengan mudah...

Kecewa, hampa, putus asa itu asam garam hidup. Kita tidak tau apa yang akan berlaku di masa akan datang. Mungkin pahit masin payau hari ini pelengkap untuk kita mengecapi kebahagiaan yang sangat manis suatu hari nanti,wallhua'lam.


www.tips-fb.com

4 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

moga kekal persahabatan ni..

saniah said...Reply To This Comment

Terima kasih dik miza mentioned akak dlm blog miza...terharu sesangat dik...belum pernah dihargai sedemikian...terimakasih
Moga hidup miza dilimpahi dengan rahmat dan kebekatan berterusan dari Ilahi...
Sayang adik ku ini....<3

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

sukanya baca entri LM nih..ayat2 penguat semangat, motivasi

Kakzakie said...Reply To This Comment

Sangat bermakna N3 ini buat kakak terpegun. Termotivasi bila baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...