Friday, March 22, 2013

Jom Kurus

Assalamualaikum....
Amboi tajuk? Haha saja nak bakar geng jom kurus dulu. Ingat tak zaman saya gemuk dulu rajin update segala tips kurus dan jadual penurunan berat badan. Wahh dulu target nak kurus sampai 52kg je camtu tapi dah terkurang banyak pulak sampai kadang- kadang depan tu angka 4. Teruja kan? Weeeee

Mana geng jom kurus dulu? Kak aya dah peknen, rine baru bersalin. Rine lama tak tayang muka... LM? Haha blog bukan tempat nak tepek gambar full ye sekarang.

Sebenarnya nak cerita sikit pasal bab kurus murus ni. Kepada yang menjual apa atuk nenek produk pun, kalau awak nak promote tu kena la berhemah. Jangan main terjah je kan? Kadang- kadang rasa meluat pun ada dengan cara yang tak beretika nak berniaga. Selalu je orang tak kena pm fb kata kalau nak kurus makan la shaklee. Makan la
Herbalife.pakai la itu ini.. Adoiii mentang- mentang la saya tak pakai muka sendiri kat fb korang ingat saya ni saiz xl ke? Akak masih saiz s @36 dik. Bukan ke produk ni produk kesihatan jugak? Perlu ke korang terjah sana sini suruh orang kurus makan produk korang? Hurmm

Cerita bab kurus lagi... Wahh sekarang saya dah join kelas aerobik kat studio area sini. Dah la kelas chantek, yuran murah dan cikgu- cikgu best.encik laling yang cakap ada kelas aerobik kat situ, so.... Apa lagi, saya pun join la.

Nak cerita pasal kelas aerobik. Haha... Masa masuk situ memang la tengok cermin saya antara yang paling kecik di kelas tu. Tapi??? Tau tak, saya lah yang cepat pancit! Hahahaa... Kantoi xde stamina. Patut la duk umah pun asik mengah. Lawak jugak, sejam lebih rasa macam nak merangkak balik rumah. Segan ooo badan kering tapi takda stamina. Kak pozi cikgu saya pun kata, awak ni kurang stamina, badan kecik je. Ha... Terasa akak! Sentap hati ooo. Sekarang tau kenapa kita kena senam? Kurus bukan bererti dah lengkap ye. Jantung kena jaga. Senam la sket biar cergas dan keluar peluh. Jangan simpan peluh tu.

Kata LM: maisarah kata saya dah gemuk.err nanti nak check semula.asik makan kek mana tak gemuk

Kata LM lagi: biar gemuk janji sihat.tapi kalau saya... Memang rasa rendah diri bila bambam sebab takda keyakinan diri. Lepas tu kerap peluh, badan lemah dan jadi malas bila bambam.

P/s: apa yang kita nak buat mestilah ada matlamat.Buat sesuatu mesti bersebab.

P/s2:bagi yang menjaga aurat... Aerobik la di studio... Bukan mahal mana pun. Memang semua perempuan dan aurat terpelihara.takda lah satu padang tu nampak awak terlompat- lompat terhayun sana sini. Segan kan? Kita yang lompat kita tak perasan, tapi kaum adam yang duduk tepi- tepi padang tu tak bergelip mata memandang. Renung- renungkan lah...
www.tips-fb.com

15 comments:

Cik Ezy said...Reply To This Comment

teringinnyeeeeee nk kurus..
=(

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah...bestnya macam ni.. Takpe, LM teruskan usaha ye.. Jangan kurus sangat.. Naik berat banyak pun kita taknak kan?

diana said...Reply To This Comment

kebetulan la LM..
hari ni saya dah start semula bersenam..
selepas setahun lebih rutin itu saya tinggalkan..memang termengah2 saya hari ni..baru 5 minat dha macam nak bengkok lutut..saya risaujugak nak mulakan sebab bulan lepas saya dah mula bersenam tetiba darah saya turun banyak...

kali ni dengan nasihat dari pakar (eceh!pakar la sangat.doktor kat kk je.)dia kata saya boleh bersenam

..ni yang nak Cuba nih...saya tak larat la nak bawak perut.cukup la bawak mikhail je dalam perut dulu nih nak suruh bawak lemak pulak.takj sNGGUP DAH..HAHAHA

saniah said...Reply To This Comment

Tu la akak pujuk sakan minta husbnd belikan jugak treadmil kat rmh..hah sekrg ni anytime blh jog...tak takut lg dah ..terpelihara aurat pun sama... :)
Lps ni In shaa Allah....akak nk join aerobic jgk.....nak jugak saize S mcm adik akak ni :))

Tina Othman said...Reply To This Comment

bestnya dpt pergi aerobik, saya dulu2 suka aerobik kat rumah je, ikut cd

tapi skrg ni byk buat weight training dgn cardio sikit

Mooniqueen said...Reply To This Comment

MQ pulak nak berisi sikit..
Asyik kurus je..
Since bujang sampai dah kawin ni..
Berat nak cecah 50 memang jangan mimpi la..
Tapi pada MQ nak kurus ni 1 je..
Kene disiplin dalam apa yg kita nak bt..
contohnya nak control mkn ke, nak excersice ke...
itu pendapat MQ la.. ;)

ieda immi said...Reply To This Comment

alamak sentap kejap bila sebut pasal herbalife tuu ekkee

x der lah sampai nak promote macam tuu kan , org cari akak adalah ekek ;)

apa2 pun nak kurus , cantik dan sihat semua diatas tangan sendiri .. no paksaan , bila paksa x akan menjadi ;)

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

betul2 bersenam menyihatkan badan..biar berpeluh. kata doktor gamathealin berjalan satu cara bersenam yang sgt baik

Ibu Ilyanie(s) said...Reply To This Comment

Setuju ngan pendapat tuan rumah... nak kurus bukan semata2 kena makan produk kurus. tetapi yg penting apa yg dibuat utk MENG'URUS'KAN BERAT BADAN, meaning cukup la dpt BMI walau pun berbadan gempal. Janji sihat walafiat! :D

Nak jemput menjenguk blog and folo too... TQ!

http://ibuilyaniescottage.blogspot.com/2013/02/adakah-anda-sudah-bersarapan-pagi-ini.html

Kak Aya said...Reply To This Comment

salam LM,

lama kak aya tak BW....lepas pantang nanti mungkin kena ikut LM aerobik jugak la ....

Izzat Eshak said...Reply To This Comment

jom kurus dan sihat!

eiela said...Reply To This Comment

saya pn dok aerobik jgk. best smbil dgr lagu sambil bersenam.

yunie said...Reply To This Comment

Sy tinggal di taman muda cheras kl..... area sini y dekat tempat utk senam aeorobik dkat mana ye???

yunie said...Reply To This Comment

Sy tinggal dekat taman muda cheras kl... dekat mana tmpat senam aeorobik y dekat ye???

Sweet'sMama Diney said...Reply To This Comment

Bole saya tahu kat mana studio aerobik yg saudari sertai ni.. alamatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...