Wednesday, March 13, 2013

Mengapa Perlu Makan Buah Dulu?



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Buah...sedapnya. Sejak dari dulu lagi mesti kita diajar makan buah selepas kita makan nasi. Betul tak?

Dari Anas ra berkata:"Rasullullah saw berbuka puasa denan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada kurba Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.(Hadis riwayat Ahmad)

Selalunya kita akan dihidangkan buah akhir sekali sebagai pencuci mulut. Takda siapa pun yang mengingatkan kita untuk makan buah dulu sebelum makan nasi kan? kadang kala ada pula yang menegur, kalau kenyang makan buah nanti tak boleh makan nasi la...saya cuma tersenyum bila ada yang menegur bila melihat saya mengadap sepiring buah sedangkan mereka telah menyuap nasi terlebih dahulu. Pada mereka saya pelik, tetapi saya malas nak berbahas agar tidak kelihatan tunjuk pandai di hadapan mereka sebenarnya.

Sebenarnya ....buah mengandungi gula fruktosa yang dapat merangsang meningkatkan `kadar insulin. Fungsi insulin ni pula adalah untuk mengawal gula dalam darah. 

Oleh sebab itu kita disaran makan buah dulu sebelum nasi untuk mengelak  pancreas bekerja keras sebelum makanan masuk ke dalam perut.

Jika kita makan nasi sebelum mengambil buah pancreas akan bekerja berjam-jam untuk menghadamkan nasi tersebut sebelum bekerja menghadamkan buah pula selepas itu. Proses penghadaman berjam-jam itu pasti akan merosakkan zat buah tadi sebelum sempat ia dihadamkan.

Dah tau kenapa kena makan buah dulu? ok jom kita ubah cara makan kita agar lebih sihat dan mengikut sunah...


p/s:Tapi tu la kan...kalau makan dengan kawan-kawan mudah sikit nak jawab mengapa kita ngap  buah dulu, kalau makan dengan orang-orang tua ke, ipar duai ke...malas nak jawab banyak-banyak. LM biasanya akan ngap buah awal-awal sebelum bersila dengan dorang supaya tak la ketara sangat perbezaan antara cara makan kita dan mereka. Bukan  tak mau berkongsi ilmu, cuma malas nanti dikata tunjuk pandai pula kan...






www.tips-fb.com

7 comments:

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

jom2 amalkan makan buah2an...

rindu kat akak.

Yan Ty said...Reply To This Comment

nice one sis. Ty pun suka mkn dessert dulu and pakar pun ada bgi talk about the goodness of eating the fruits terlebih dahulu.

Sukma Haron said...Reply To This Comment

kekadang kita terlupa nak makan nasi dulu @ makan buah dulu...

Izan Ishak said...Reply To This Comment

itulah kan... nak bersoal jawab pulak dgn yg lebih tua dikatanya kita plak yg memandai2...

KuNanGKuNanG said...Reply To This Comment

mmg klau nampak mknn berat ngan buah2han sure ambik makanan berat dulu..camne la nak ubah tabiat ni..huhu

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

kalau bab ni saya setuju... naim pun saya ajar makan buah dulu, tapi budak2 ni kadang kadang taknak makan nasi ula, asyik makan buah je.... masalah gak tu

diana said...Reply To This Comment

saya lak buah ni boleh kata tak kira masa sYA MAKAN..LEPAS MAKAN PUN SAYA BEDAL SEBELUM MAKAN PUN SAYA BEDAL SEBELUM TIDUR PUN SAYA BEDAL..HAHAHAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...