Monday, April 15, 2013

Aku Perlu Kuat Demi Dua Malaikat Kecil Ini


Assalamualaikum
Demam beberapa hari tak baik-baik dengan bisa sendi,bola mata sakit malah tak mampu berdiri lama memang sangat menyedihkan. Bila ke klinik doktor kata suspek denggi dan ingin terus menghantar ke emergency tapi saya merayu tak mau dan minta buat test darah dulu. Kebetulan memang area rumah saya banyak kes denggi dan mereka fogging tiap minggu di luar rumah.

Nampak remeh bagi yang tak kena...ramai yang kata owh bukan denggi tu sebab denggi sangat sakit.awak tau saya tak sakit ke? Alhamdulillah klinik tu boleh buat test darah yang resultnya dapat dalam 5-10 minit. Doktor tu memang baik hati dia call hospital putrajaya dan reffer kes saya. Doktor sana minta ujian darah dijalankan saya selama tiga hari berturut-turut.

Hari ke dua pun resultnya negatif alhamdulillah. Hb saya makin menurun, maka tak hairan basan saya makin lesu. Bisa sendi masih tak berkurang, ubat demam hanya bertahan 4 jam dan selepas itu mula sejuk dan gigil semula. Doktor tambah dua lagi ubat lain.doktor kata viral fever memang macam tu lambat sikit nak baik. Jika antibiotik habis saya masih tak sihat perlu ambil darah lagi katanya

Apa yang saya rasa? DOWN! Sungguh down! Nak ke tandas pun berpapah, nak ke meja makan pun perlu dipimpin. Tak boleh berdiri. Tak mampu duduk lama. Kepala sangat sakit, bisa! Sangat bisa

Hari ni laling dah kerja. Tak boleh cuti, saya perlu ambil qila.mujur kereta auto,gate pun auto.walau merangkak bawa kereta saya gagahi juga ambil qila walau di pertengahan jalan tangan kanan bisa dan tak boleh pegang stereng kereta. Selamat kereta auto! Syafiq masuk kereta pun panjat sendiri tadi.berdikarinya anakku...syabas adik!



Yesss mujur ada sebungkus lagi bubur nasi semalam saya panaskan bagi syafiq dan qila. Bubur kedai tu sangat sedap okey. Hurmm tekak rasa payau.saya belum makan apa pun sejak pagi cuma azhad saja tadi berikan saya segelas susu. Baju pun azhad dan maisarah yang ampaikan tadi sebelum naik bas pukul 12 tadi.

Now.. Syafiq dah tido, qila dah terbaring. Saya dah merenih bubur. Kalau larat saya gorengkan bayam dan makan bubur jap lagi.kalau tak larat saya tunggu laling balik dan masakkan apa- lauk.perlu masak sebab maisarah dan azhad ada tuisyen harini. Balik sekolah dekat maghrib perlu makan, ngaji dan ke pusat tuisyen. Mana sempat nak makan kat kedai? Buang masa kan? Masak bukan lama 15-20 minit saja pun. Takpalah... Rest puas-puas... Jalan slow-slow.harap Allah berikan saya kekuatan demi dua malaikat kecil ini. Dua lagi tu dah besar boleh urus diri sendiri.

Haip.. Tapi saya mandi dan ke tandas tadi syafiq yang pimpin tau. Oh dah besar dah syafiq pandai jaga ummi.

www.tips-fb.com

11 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Sampai macam tu sekali dik. Dah diagnose apa doktor kata. Tak kan tak ada apa-apa kalau sampai jalan pun kena pimpin..

Moga cepat sembuh...

anyss said...Reply To This Comment

Assalamualaikum,
Moga cepat sihat ya

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

alahai.. dah pandai pimpin mak dia ke tandas yer.. nampak macam teruk je demam akak ni. tu la kan kak.. bila ada anak, walau sakit terpaksa gagah jugak buat. apapun saya doakan akak cepat sembuh.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

awak...begitu sekali ke awak sakit..teruk tu..saya turut simpati dngan awak..semoga awak cepat sembuh...

eray said...Reply To This Comment

salam dear, get well soon ya. Insyaallah bukan apa2 yg serius.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/04/shaklee-halal-habis-tu-unsur-bb.html

diana said...Reply To This Comment

semoga cepat sembuh...

Baiknya syafiq..dah besar pun dia...dh pandai jaga mama ...

ummi_khalish said...Reply To This Comment

syafakillah LM..semoga Allah sentiasa melindungi mu dan anak2..
p/s:syahdu baca part adik syafiq....good boy...:-)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

ALhamdulilah akak dapat anak2 yang rajin dan dah boleh membantu. syukur.

org kata kalau suspek demam denggi, makan sup ketam byk.

syariena said...Reply To This Comment

semoga cepat sembuh za.. risau pulak bila demam lama2 ni. i wish rumah kita dekat mcm dulu.senang nk jengok bila ada ape2

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

moga LM kembali sihat ye.. payah kalau ummi yg sakit..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

moga2 cepat sembuh ye miza....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...