Monday, April 1, 2013

Apartment Imperial Hotel Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sabtu 23 hb lepas hari seawal 10 pagi kami dah sampai di hotel. Wah kali ni encik laling ambil apartment di hotel imperial ni. Apa yang untungnya duduk apartment ada dua bilik dan luas. Anak- anak tak bosan pandang dinding kiri kanan.

Bersebelahan dengan lobi adalah imperial mall. Setentang dengan reception saja pintu masuk mall. Nak makan yang simple-simple boleh la cari kat mall sebelah saja. Bila siang-siang encik laling kerja saya melawat kawasan di mall sebelah...hehehe

Ops, apa lagi yang untung? Ermm duk apartment boleh masak! Yeayy saya beli barang dapur di hypermarket yang berada di tingkat bawah bangunan ini. Mudahnya... Telan L1 dan terus saja masuk di dalam hypermarket tu. tak perlu keluar bangunan.

Mulalah aktiviti membeli beras dan bawang semua, setakat nasi goreng memang tak jadi hal punya... Hehe.

Apa yang best lagi? Wahhh ada mesin basuh automatik. Lagi best ada ampaian juga. Saya boleh basuh baju setiap hari.. Hoyeee (suka suka suka!)

Apa lagi yang best? Hurmm pastilah kolam renangnya... Apa lagi yang best? Pastilah makanan di cafe nya.. Apa lagi yang best? Wahh ada sauna dan gym jugak! Siap ada senamrobic lagi tu!

Bagi mereka yang pertama kali ke miri dan tercari-cari hotel yang bagus untuk family saya cadangkan apartment ini. Memang bagus jika datang bersama keluarga dan ingin membasuh dan masak juga.

Owh ya, banyak restoran menarik di sekitar hotel ini. Boleh jalan kaki saja.

Miri nampak tenang. Rasa berbeza dengan hiruk piruk kota yang kita diami sekarang.

Nanti sambung cerita pasal miri lagi ye! Kami duduk sini sampai 27 mac sebelum bergerak ke Brunei
www.tips-fb.com

11 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

untung sebab dok apartment blh masak..anak2 rmai ni lebih jimatkn dengan masak..

diana said...Reply To This Comment

nak gamabr..untuk cuci mata..heheh

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

best nya...

itu je mampu

NinaAz said...Reply To This Comment

Nanti masukkan pic jugak yeaaaa... nk tinguk ♥♥

Sally Yatiey said...Reply To This Comment

Best ^_^

eiela said...Reply To This Comment

mesti best jalan-jalan nih.

ieda immi said...Reply To This Comment

lebih muda duk apartment dari hotel kan .. paling penting bila boleh masak2 ;)

deno said...Reply To This Comment

seronoknya dapat pegi sana!

p/s: doodle deno lukis utk kaklydia dulu masa mula2 deno blajar lukis guna mouse.. insyaallah nanti deno nak buat yg baru utk akak :)

najihah sahami said...Reply To This Comment

Mak aihhh..bukan main banyak yg best kak. Huhu.

Izan Ishak said...Reply To This Comment

macam2 yg best tu yg rasa takmo balik kan miza...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

suke budak2 tu cuti sekolah g jenjalan...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...