Wednesday, April 3, 2013

Bebola Candy Kelapa


Assalamualaikum
Alhamdulillah hajat nak buat candy kelapa terlaksana sudah. Banyak jugak dapat satu tupperware



Tengok tu.. Versi bebola okey! Selalunkita makan versi kiub kan? Kali ni LM buat versi bebola yang boleh di ngap terus.

Candy kelapa ni kegemaran LM sejak dulu lagi. Masalahnya nak beli pun bukan selalu jumpa. Kalau ada pun terlalu mahal untuk jumlah yang sangat sedikit. Ada juga sesekali beli baunya dah tengik. Dah lama sangat:(

Sesekali nak makan kita buat apa salahnya kan? Memandangkan saya ni kan kurang rajin, maka lambat la dapat makan hasil air tangan sendiri. Jiran mak acik idah selalu buat dan bagi kami sejak dulu lagi. Sedap!

Bila buat sendiri pastilah nak makan banyak kan? Haha candy kelapa ni manis. Maka saya kurangkan sukatan gula dan susunya.

Resepi
3 cawan Kelapa parut( kelapa inti)
3/4 cawan susu manis
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
Sehelai daun pandan
Sesudu besar butter

Masak kelapa dengan daun pandan dalalam 5 minit.masukkan susu dan gula gaul hingga sebati. Masukkan esen vanila dan gaul hingga nampak kering dan akhir sekali masukkan butter.gaul hingga kental.

Gunakan api sederhana kecil untuk memasak candy kelapa ini. Sukatan gula dan susu manis beegantung kepada tahap manis yang kalian mahukan.

Masukkan dalam loyang dan potong setelah sejuk. Jika nak bentukkan bebola macam LM pun boleh juga😊

Kata LM: manisan mampu menceriakan hari-hari kita.sesekali makan manisan dalam kuantiti yang sedikit tak salah.jangan berlebihan sudah la ye.Selain pengat-pengat manisan begini sedap di makan sebagai pemanis mulut menjamu tetamu yang berkunjung.

www.tips-fb.com

13 comments:

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

oooo xpenah lak mkn ni kak.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...Reply To This Comment

ala salah teka lah ni.. saya tak pernah jumpa bebola ni. rasa dia macam sagu kelapa tu ye"

diana said...Reply To This Comment

hari tu beli kat langkawi maisara langsung tak suka..ayahnya je la yang makan..saya pun gigit la sikit2.heheh..kesian..

Brilliant Marjan said...Reply To This Comment

sy pun gemar juga candy kelapa ni, tp xmaulah yg manis sgt..takut gak. tp betul, kadang klu teringin nk manis, tb2 manis semuanya..tp tidak selalu atau keraplah..

Ct NoArizah Aris said...Reply To This Comment

Salam..Candy kelapa baru pertama kali sy dengar dan belum pernah rasa lagi...sy salin resepi ya kalau rajin sy nak gak cuba buat dan rasa.... itupun entah tahun keberapa jadi candy ni nanti..:))

Ecah Ecot said...Reply To This Comment

lebih kurang mcm manisan dr saudi tu kn..ecah xpenah tau plak ade manisan mcm ni..rupenye boleh buat sendiri...hehe

missSenget said...Reply To This Comment

sedapnye sis...


macam terbayang-bayang pulak rasa dia..

||Sis aLeaSaRa|| said...Reply To This Comment

wah yummy lama tak makan,hr tu mak balik johor dia belikan colorful sedap betul,mmg kdg2 ralat terbeli yang tengik.wah blhlah sy cuba resipi ni tqvm ye ^^

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

wah, first time tgk

*Tinie* said...Reply To This Comment

Kalau balik Melaka mesti singgah tepi jalan cari candy ni... pasni nak try buat sendiri

Izan Ishak said...Reply To This Comment

wahhh.. sedapnya miza. izan tak pernah try lagi buat sendiri ni. yalah kan... makan yg manis2 mampu ceriakan hidup kita. tapi mesti bersederhana...

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

hohoho xpenah makan dan tak pernah tengok hehehehe...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

makin manis la kakak saye nih... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...