Monday, April 29, 2013

Bendera Parti


Assalamualaikum
Musim pilihan raya ni pastinya kiri kanan jalan meriah dengan bendera parti. Saya paling teruja bila lalu di roundabout atau di trafik light. Seronok tengok bendera yang berkibar megah.



Ni area rumah saya... Suka pulak tengok ada roket. Gigih mereka buat roket dari tong drum. Encik suami pun sama busy gantung bendera malam- malam dengan kawan-kawannya... Wahhh semangat betul
Encik laling saya kali ni. Bendera apa encik laling pasang? Err adalahhh

Masa lalu di seri serdang sabtu lalu teruja tengok parti pas siap buat kerta kebal lagi di roundabout tu. Kreatif sungguh mereka semua ni cuma yang tak syoknya ada yang bergaduh berebut tempat nak pasang bendera. Apalaaa ...macam budak kecik je perangai macam tu. punya la luas bumi Allah ni pun boleh berebut tempat? Hurmm

Kata LM: err balik mengundi jom! Dapat jumpa adik beradik time ni la sebab balik serentak.
www.tips-fb.com

9 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...Reply To This Comment

kreatif diowg nie.kt kuantan nie, ade bentuk kapal selam, kapal terbang, tank, meriam.hehe

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

masing2 tunjuk kreativiti kan

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

tapi sakit hati jugak kak bile ade yg pasang bendera xpkir safety nih..
letak kt sbelah traffic light..nk kuar xnampak kereta dari hala satu lg..haisshh bahaye2..

~ yus ~ said...Reply To This Comment

kat sini pun ada bentuk kapal (BN), roket sama mcm dalam gambar tu (DAP) dan kereta kebal (PAS). Memang meriah dengan bendera sana sini kan.

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

meriahnya kiri kanan banyak bendera

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dekat traffic light nak masuk perumahan kakak pun ada replika rocket yg besar macam tu dik. Anak kakak siap nak posing. Ramai budak-budak suka sebab roket biasalah mereka ingat Dr Muzzafar angkaswan kita:)

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

tahun ni memang meriah dengan macam replika dorang buat juga meriah dengan macam2 kejadian buruk sebab kempen untuk PRU. bergaduh, bertetak.. berbom bagai.. tahun ni la tahun paling dahsyat kot

anamizu said...Reply To This Comment

musim mengundi camni rupenye. part kreatif camtu xpelah jugak ummi. yg ana naik meluat, part bendera2 ni dipasang / digantung guna buluh. bila berterabur kat jln, dah mengundang bahaya la pulak. hermm

deno said...Reply To This Comment

kat terengganu kan akak.. mcm ada pesta pulak,sampai tenggelem jlnraya dgn bendera.. replika pulak mcm2 jenis, semua kreatif2.. suka jugak tengok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...