Tuesday, April 2, 2013

Brunei

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sambungan kisah cuti sekolah yang lepas, lepas breakfast rabu tu makan segala macam la kat cafe tu bagi perut padat... Hahaha. Lepas naik bilik putar kain dulu dan anak- anak bersiap nak ke swimming pool.

Laju-laju ke swimming pool seawal 9.30 pagi. Syafiq merepek meraung buat hal takmo mandi. Saya lagi la malas nak berbasah-basah. Maisarah dan azhad memang seronok la swimming dekat kolam dewasa yang luas takda orang sangat pagi- pagi camtu.

Lepas puas mandi manda laju-laju ajak dorang naik bilik sebab nak kemas beg untuk gerak ke brunei tengah hari nanti. Kain yang dibasuh cepat-cepat disidai. Memang cepat kering takda masalah pun.

Dalam satu lebih juga la baru encik laling sampai, rupanya dia ambil kereta sewa dulu. Lepas lunch.. Ops lupa nak snap gambar dan nama kedai tu. makanan situ sedap sangat tau.... Lepas tu beli kek lapis sarawak sikit untuk bekalan makan di brunei dan terus menuju ke kuala belait.

Macam biasa la duk apartmen di riviera hotel. Anak ramai kena la duk apartment kan? Tapi memang takde peralatan memasak, kedai makan pun terhad. Pekan kecil tu memang la tak syok. Tapi dekat la encik laling nak gi kerja tiap pagi ke seria. Apartment mengada laut... Memang lawa tapi rasa pekan tu takda apa-apa. Sobsss .. So plan nak duk sana tiga malam terus jadik dua malam saja.

Salah satu gambar pandangan dalam bilik... Budak-budak ni suka la mengadap kapal laut lalu lalang situ.



Haaa ini lat roundabout dari kuala belait nak ke seria tempat encik laling kerja. Hurmm nak ke bandar seri begawan pun lalu sini jugak aritu... Lawa kan?



Ok lah, nanti LM sambung cerita ke mana LM ziarah sepanjang berana di brunei ni.

Kata LM:bila berada di tempat orang terasa bertuah berada di negara sendiri:)

Kata LM lagi: sekali kita cari salah orang lain 10 kelemahan kita akan terpamer tanpa kita sedari. Jangan asik menuding jari cari silap orang sampai lupa diri sendiri tiada apa yang ada untuk dibanggakan. Sekadar mengingatkan diri sendiri

www.tips-fb.com

9 comments:

rostina76 said...Reply To This Comment

salam LM....ada dtg Brunei ke? hehe suka statement u yg last tu. btw mmg boring kat brunei ni & tak seperti yg kita jangkakan.

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

oo..akak ke miri dan brunei ye? family saya pun gi brunei gak sabtu lepas, ada sedara bertunang..

#hai pink panther hensem kat header tu! :p

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

wow bestnya g brunei!

rinduan citarasa said...Reply To This Comment

nice

teringin nak pi

ps:
pesanan y sgt bkesan dihati. thanks sayang

deno said...Reply To This Comment

wah seronoknya akak! deno belum pernah sampai sana^^

Izan Ishak said...Reply To This Comment

seronoknya jalan2 sampai brunei miza.

pesanan yg bermakna utk izan juga tu...

Yan Ty said...Reply To This Comment

OOOO ini la yang dikatakan membawa hati yang lara tu. Souvenir?

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

seronoknya awak g jejalan..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

syoknye g jenjalan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...