Friday, April 5, 2013

Masjid Bandar Seri Begawan


Assalamualaikum
Salam jumaat buat semua.
Tak habis share lagi pengalaman jalan-jalan ke Brunei hari tu. Waktu encik laling pergi kerja kami duduk bilik saja lepas turun sarapan kat coffee house dorang. Alaaaa tak ngan dengan tekak la sarapan dorang tu. masak tak berapa sedap😔

Lunch tu saya cuma panaskan nasi goreng yang saya dah siap-siap beli malam sebelumnya tu sebab dah tau area hotel takda kedai makan yang dekat. Kedai yang ada cuma kfc, tak larat nak makan kfc haih!

Pukul 4 encik laling sms kata suruh siap sebab nak bawa jalan ke bandar seri begawan. Dalam dua puluh minit dia sampai. Laju saya suruh anak-anak solat dan bersiap sebab tak sabar nak jalan.



Dari jauh dah nampak masjid ni... Wah kubahnya macam emas. Memancar bercahaya. Sempat bergambar sakan di luar masjid tu. ops gambar dalam dslr.. Ni saja yang ada😝

Lepas bergambar tu terus beredar. Baru beberapa minit meniti jalan raya terdengar azan maghrib. Patah balik ke masjid untuk bersolat.

Masa solat tu saya macam biasa dak bambam tu meronda sana sini. Tiba-tiba dia tarik tudung tiga layer yang saya sangkut dan brooch besar kat tudung tu kenalah kepala dia. Menangis bagai nak pengsan la pulak. Satu masjid dengar suara dia duk sebut "atit atit".. Erk? Sakit sangat ke...

Tak lama tu lepas habis solat datang seorang wanita muda bagi anak bertiga ni sorang seringgit. Ops seringgit dia rm2.50 duit kita.



Dah la sepanjang berada di masjid jumpa orang sana mesti mereka bagi salam dan senyum. Ni bagi duit pula.. Moga murah rezeki mereka ... Ameen

Orang sana sangat peramah. Itu memang tak dinafikan. Cina pun peramah... Dia makan siap hulur ayam sikit kat syafiq. Nampak tak betapa baiknya mereka?

Ok lah nanti sambung cerita lagi ye... Nak sarapan dulu. Babai..

www.tips-fb.com

6 comments:

Izan Ishak said...Reply To This Comment

cantik sangat masjidnya tu miza... nampak berkilau dari kejauhan tu.

Cho Zila said...Reply To This Comment

alamak sangatler seronok berada di negara orang.. akak rasa suatu hari nnti kena gak melawat brunei untuk timba pengalaman.. tapi tuler mahal gak duit diakan..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Sebenarnya mereka suka tengok anakanda Syafiq yg montel tapi si abang dan kakak tumpang tuah sama sebab anak-anak semua comel kan...

deno said...Reply To This Comment

cantiknya masjid..... bertuahnya kalau dapat solat dalam tu... :')

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

wah...baik2 org kat sane ye....huhuhu

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

cantik!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...