Monday, April 1, 2013

Musim Hujan

Assalamualaikum
Malam tadi lepas isya' baru kami keluar isi perut. Lewatnya lahai... Ye la pas maghrib budak ni pergi mengaji, lepas tu dah isya' dan baru siap- siap pergi makan.

Makan kedai dekat- dekat ni saja dan encik laling sibuk nak mendobi comforter. Lepas order makanan dia pun angkut la comforter ke kedai dobi. Laaa tak bawa sabun la pulak? Saya cakap kedai dobi depan tu ada jual sabun sekali. Angkut pulak ke kedai dobi depan.. Ekeke. Ops takda pulak? Hurmm patut la berjam encik laling pergi. Siap membeli sabun pulak semata- mata nak mendobi.

Lepas makan kami ke kedai beli susu kenit ni ha...drypers habis la pulak kedai tu. Lepas tu patah balik ke kedai dobi pergi masukkan dalam dryer pulak. Terus ke kedai lain cari drypers pulak. Dalam hujan yang sederhana lebat ni, terus kami ke pasar borong konon nak cari stok lauk. Ramainya beratur nak masuk ke pasar borong. Tetiba encik laling patah balik katanya comforter tu dah siap kering kot perlu ambil sekarang nanti orang lain nak guna.

La??? Patah balik? Hurmm... Tapi ye jugak, nanti orang nak pakai tak boleh sebab kami ambil lambat. Musim hujan ni semua kedai dobi penuh. Mungkin sebab susah nak ampai baju mereka ke kedai dobi saja lebih mudah sebab siap keringkan sekali balik terus lipat saja kot? Ala... Dulu duk obersi saya jarang guna dryer baju. Habis baju jadi kecik mengecut dan seluar hitam jadi pudar. Duk malaysia ni kalau tetiba mengada nak guna dryer memang encik laling tepuk dahi la kot? Ehehe

Lepas ambik comforter baru la senang hati le pasar borong... Sekian. Hehehe

Kata LM: biar susah janji kita senang hati dengan apa hasil yang kita perolehi.

Kata LM lagi: apa hal kita nak suruh orang ikut kemahuan kita? Masing-masing ada hak untuk lakukan apa saja asalkan mereka tidak mencuri hak peribadi kita. Hidup ni bukan saja kita nak orang faham kita tapi kita pun kenalah hormat hak orang lain juga.

www.tips-fb.com

9 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

betul, setuju dgn LM ni... dh slesai urusan kita baru senang hati nk buat apa apa

Amanina said...Reply To This Comment

singgah pagi..setuju dgn entry nie :)

Amanina said...Reply To This Comment

singgah pagi..setuju dgn entry nie :)

tenku butang said...Reply To This Comment

cumeynye bloggg!

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

diana said...Reply To This Comment

musim hujan ke??sini tak hujan pun..panas siang malam..kalau mandi pun air rasa panas.suami saya petang ni siap nak pi beli kipas angin lagi satu..hahaah..

Untung la ujan..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

eh memalam pun pasar borong bukak ye kak? ingatkan pepagi je

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

hujan, dobi, dryer

senang keja kan

Izan Ishak said...Reply To This Comment

kat sini bila hujan... mmg lebat terus sampai pasu bunga tergolek. tapi biasa pagi2 panas... basuh baju pun kering cepat.

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

skrang ni ptg je ujan kan kak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...