Friday, April 12, 2013

Renew Passport


Assalamualaikum
Ya Allah... Hari ni sangat meletihkan. Dah la demam terkejar-kejar ke presint 14 renew passport la pulak.



Asal ke pejabat mana pun korang mesti paham apa yang terjadi kan? Hurm saya dah siapkan gambar untuk passport siap-siap. Konon nak cepat. Sekali sampai je sana mereka kata nak latar belakang putih. Saya dah merungut kata membazir dan kenapa kedai gambar tak inform. Akak tu cool kan saya kata mereka di Putrajaya baru tukar isnin haritu.

Memang rasa aduhh geram la jugak. Dia kata suruh ambil gambar ke tempat khas dan free. Fuhhh lega dengar free. Tapi muka dah la serabai??? Belek cermin dua saat terus sampai turn saya. Aduhh. Dah la lupa nak tanggalkan spek mata. Kekal la 5 tahun passport den tu berkacamata.huk huk huk.

Segala urusan buat di kiost saja.


Itu bukan saya ye!


Masukkan la passport lama dan segala apa yang dia minta dalam sampul surat tu. semua bayar situ. Mudah.

Sekali dalam resit dia tulis boleh ambil sejam selepas tu. Encik laling punya siap sejam 10 minit lepas tu, saya punya 11.20 baru siap. Saya dah berasap menunggu. Tanya pada mereka kenapa nombor kami berturut2 tapi laling siap sejam lebih awal?

Dah la duk fikir qila balik sekolah pukul 11.30...berjogging la saya menuju ke kereta tadi. Sian qila tunggu lama sikit. Syafiq sampai bengkak mata nanges tunggu sejam dalam kereta.

Balik terus pengsan. Awin tanya masak apa pun selamber jawab tak masak. Awin makan macaron, crepe bukan ingat akak comot yang lapaq ni.

Ramai giler orang datang buat passport. Saya syak mereka nak melancong la sebab ramai bawak anak kecik. Orang muda kan suka melancong setakat dua tiga ribu takda hal punya... Ops baik gi umrah kalau harga gitu kan?
Sampai petang ni makin teruk demam. Laling beli air tebu pun saya tak sedar. Huhu

Bencinya pergi pejabat gomen yg besar2 ni. Ramai orang!

Kata LM: penat camne pun muka kena manis la.. Tadi ramai giler harimau jadian dalam tu sampai nombor saya dah panggil 5 kali dia xmo bagi saya duduk kat kerusi ambik passport dah siap tu.apalaaaa (tepuk dahi)

Kata LM lagi: kalau gi tempat ramai orang, bersin tu tutup la mulut. Ish dah la busuk! Pengotornya kamu~ sebar kuman.

www.tips-fb.com

6 comments:

Yan Ty said...Reply To This Comment

sabar sis. kadang2 susah nak puaskan hati org n sendiri. Ty fhm. nak gi melancong ke umrah? seronoknya.

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

erkkk!!!
1. awin blom boleh makan la macaron ngan crepe tu kak ...hahaha awin ckp kt fb tu trend sekarang... dulu start apam polkadot skrg ni melty hershey plak hehehehe

2. setuju yg bersin tu....tak suka sangat!!! busukkkkk

Mas Zull said...Reply To This Comment

assalamualaikum lydia...sabar je kan...:)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

sabar LM..nila realitinya klu gi tmpt awam..hehe

Nurul Syafiqah said...Reply To This Comment

awak nak g mana plak nie renew pasport...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

ai LM, ni kali kedua baca entry ni.. aritu baca je..semalam pergi ke bahagian passport ni dan kena tunggu sejam lebih juga, mmg rasa nak meletup.. dah la dengan badan tengah tak sedap semalam, orang ramai.. nak pergi makan suami lak skema kata nak tunggu je.. yang tambah bengang ruang menunggu dia tu tak besar mana kan? Tapi ramai yang datang, semalam cakap kuat2 macam ada di padang besar....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...