Tuesday, April 30, 2013

Tugas Pagi

Assalamualaikum...
Apa khabar semua. Fuhhhh lepas nafas kuat-kuat. Letih ooo mandi peluh. Seperti biasa rutin pagi buat kerja rumah la kan? Namanya pun duduk rumah. Lepas tidokan baby syafiq yang berjam baru tido terus basuh baju. Dia tido je terus la menyidai baju dan sempat tanam 6 batang anak pokok tomato ceri yang saya semai haritu. Lepas ni tak perlu beli tomato kan?

Alang-alang dah mandi peluh terus bersihkan lantai luar . Lantai luar ni penting untuk sentiasa bersih sebab baby syafiq selalu ngelat keluar tak pakai kasut. Selipar? Seminit je pakai terus dia campaj selipar dia tu. kalau lantai luar kotor habisla hitam kaki pakwe kecik tu dan meronda satu rumah pula tu.

Sekarang ni nak siapkan mengemop dan terus masak. Peluh dah berjuraian macam orang ke kebun( padahal tanam pokok tomato pun 6 pokok je pun). Rest dulu kita nikmati kopi inspira joms.

Ops korang busy ke pagi- pagi camni? Moga semuanya berjalan lancar ye... Amin.

Kata LM: sebut pasal lantai luar tadi, rajin ke malas ke lantai luar perlu bersih ye adik-adik. Orang lalu dari luar mereka tengok lantai luar kotor berdaun dan berhabuk nanti mereka ingat rumah tinggal ke ni? Haaa kalau kawan datang mereka akan kata uish pengotor dan pemalasnya kawan aku ni? Err malu tak?
www.tips-fb.com

9 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Mesti bersih dan ceria rumah LM ni.. Rajin tul dia. Tulah kan? Ada anak r tqk ada ank kecil pun sebenarnya kena bersih barulah kita selesa...

budak kecil mmg suka buka kasut kan? Geram betul masa naim macam tu, mujur dh jarang dia buat gitu skrg.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

gitula jgk rin pepagi LM..rutin biasa sblm.ke sekolah..hehd

Kakzakie said...Reply To This Comment

Anakanada Syafiq dah makin ligat ye.. kalau lantai dah bersih tak payah selipar lagi baik tak bimbang dia jatuh tergelincir..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

syafiq nie memang rajin ngelat. dia nak cepat jela tue. kemain macam orang bizi sgt hihihi

ieda immi said...Reply To This Comment

ekeke lebih kurang sama ngan rutin akak skrg nie .. cuma akk x der bb ..
sama sahaja sbnrnya , ada anak kecil atau tidak kan dik ..

hakiki .. kena senyummm dan redha ;)

Mia Liana said...Reply To This Comment

jelesnya dengan surirumah... hehehe

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

betul tu kak.. halaman rumah mencerminkan dalam rumah jugak. Tapi kak LM ni confirm berkilat punya rumah ni. orangnya pun comel lote gitu

deno said...Reply To This Comment

teringin pergi rumah akak.... :)

p/s: jom join segmen deno? segmen sempena LUPUS awareness month .. http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

rajin2...ngee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...