Thursday, May 9, 2013

Biskut Oat Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Membiskut makin membara sebab anak suka makan biskut dan saya selalu lapar dan perlukan biskut. Tadi buat biskut oat selepas teringat oat ada setengah tin yang tersalah beli aritu. Encik laling beli oat yang perlu dimasak bukan oat segera. Daripada membazir maka saya rasa baik dibiskutkan saja oat tu.



Taraaaa... Tak lawa pun tapi sedap di tekak saya. Haha.. Resepi rujukan saya pastilah resepi noorsha punya biskut famous amos tapi saya olah sikit mengikut kesesuaian bahan yang ada. Ini link resepi noorsha

http://noorsha.blogspot.com/2012/04/homemade-famous-amos-chocolate-chip.html?m=1


Bahannya
4 cawan tepung gandum
Sebiji telur
3/4 cawan minyak
1 cawan butter
2 cawan oat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu segar
1 cawan gula

Cara:
Putar gula dan telur sampai hancur. Masukkan butter, minyak dan esen vanila. Masukkan susu dan soda bikarbonat. Masukkan tepung dan oat. Biar 1/2 jam dlm peti sejuk. Bulat2 kan dan leperkan sikit. Saya bakar 170 degree selama 15 minit. Ikut oven korang la ye. Kena rajin tgk2 kalau tak tau ragam oven korang tu.

Lepas angkat sejukkan di redai. Biar sejuk baru simpan. Jika tak letak di redai biskut korang tak kan rangup dan rapuh.

Selamat mencuba.
www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Rajinnya LM ni.. Bahan nampak mudah ni , kalau sesuai masa saya pun nk try resepi ni lah.

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

biskut oat kalau letak chocolate chip mesti lagi sedap

deno said...Reply To This Comment

deno pun suka biskut oat ni, bagus utk kesihatan... bleh turunkan kadar kolestrol!^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...