Wednesday, May 8, 2013

Carbonara Versi LM


Assalamualaikum...

Tak tau nak sarapan apa hari ni. Laling telan oat tiap hari tapi saya tak sanggup. Saya alas perut dengan lactolite dan rumpai laut saja pagi ni.

Pusing 360 darjah kat dapur masih takda idea nak masak apa untuk lunch budak ni dan bekalan mereka. Akhirnya defrost kan ayam konon nak buat sup.

Buka kabinet mak ai berterabur! Kemas dan susun tin laici yang banyak tak di makan, susun punya jumpa la bahan asas utk buat carbonara lah! Ok makan pasta arini je anak- anak!



Tu dia... Carbonara versi saya. Hantam saja campak-campak bukan susah pun nak masak versi saya ni. Hahaha.

Bahan:
Dua ketul dada ayam di cincang
Udang 1/2 cawan
Bawang putih dua ulas
Bawang besar1/4 biji.. ( org x letak tp saya suka letak bawang)
Lada hitam sesudu besar( kisar)
Sedikit garam
Sedikit serbuk pati ayam
Dua cawan susu segar
Dua genggam mozarela cheese
Sesudu besar butter utk menumis

Caranya : panaskan butter, tumis bahan kisar dan masukkan ayam dan udang. Masukkan serbuk perisa dan susu. Lepas tu masukkan cheese biar cair sebentar dan masukkn pasta kesukaan korang. Ikut la nak pakai pasta jenis apa. Rasakan garam dan sedia dihidangkan.

Jika ada cendawan boleh tambah cendawan juga

Kata LM: sedap... Rugi rasanya kalau makan kat kedai mahal- mahal sebab tak susah pun cara nak masaknya
www.tips-fb.com

7 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kalau rajin jadi aje dik. Sebab itu bab masak spaghetti ini anak-anak dara kakak pandai buat sendiri berbanding nak masak kari/gulai mereka tak pandai lagi..

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

mmg sedap sgt lah !

ieda immi said...Reply To This Comment

sedapnyeee dik
akk dah lama x buat nie

biasa buat bolonise aje

mamawana said...Reply To This Comment

Assalam,

Anak2 mamawana sgt suka makan ini...sedapp

PinKy MoMMa said...Reply To This Comment

dah lama tak masa ni kak..insyaAllah pas bersalin ni..duk umah sndiri boleh lah masak mcm biasa hehe..pastu skodeng blog akak tgk resepi ;p

deno said...Reply To This Comment

sedapnya!! mcm biasa kak, peberet deno mesti pasta.. tetiba teringat macaroni cheese yg akak buatkan utk deno... wah bestnya!!! deno pun skrg nak jadi rajin masak mcm akak la... :)

mimi zakaria said...Reply To This Comment

tak penah mkn pun..mesti sedap sbb ade cheese , huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...