Thursday, May 9, 2013

Kawan Baru Syafiq


Assalamualaikum
Apa khabar semua? Alhamdulillah saya sihat saja cuma masalah sakit tulang belakang yang membuatkan tidur malam tak lena, terlentang salah, mengiring pun salah.

Alkisah malam tadi terjah pasaraya giant sebab azhad dan qila nak selipar baru, qila pun dah minta anak tudung untuk ke sekolah, susu manis habis dan sabun mandi anak pun habis, roti pun dah takda.. Eh banyak barang takda sebab hujung minggu lepas tak shopping kerana balik mengundi.

Beli sikit saja barang sebab beberapa barang terutama sabun mandi anak harganya sangat berbeza dengan pasaraya yang selalu kami kunjungi. Err rasanya biasa rm15.90 je ni sampai rm18.90. Terus tak jadi beli...

Memang takda selipar yang ok, tak jadi beli selipar ... Tup2 ternampak anak patung mr bean yang saiz besar sikit dari yang maisarah ada. Belek harga tengok okey terus sambar untuk syafiq.

Kemain suka lagi dia. Masuk kereta tanya dia siapa ni? "Bobo" dia jawab. Haha.. Memang dia panggil Bobo lah sampai pagi ni.



Bangun pagi lepas sarapan telur setengah masak dia mintak koko krunch. Suap Bobo dia sekali... Huhu habis la kotor!

Sekarang syafiq dah ada kawan, harap tak mengamuk sangat kacau ummi buat kerja.

Kata LM: tengok anak tersenyum lupa perit jerih mengandung dan melahirkan.bagi ibu yang pernah melahirkan pasti mengerti perasaan ini kan?
www.tips-fb.com

12 comments:

Ann Ishak said...Reply To This Comment

suka dia main dengan bobo :)

PinKy MoMMa said...Reply To This Comment

betulll rasa apa yg akak rasa tu..hehehe biasalah ibu memang dikurniakan hati tisu tapi semangat sekuat badang..ecewahh

psstt nasib bukan bobo parody shae tu hahaha..dah jadi retis dah skrg ni ;p

Kakzakie said...Reply To This Comment

Biar dia mengulit bobo masa umi dia sibuk buat kerja.. bagus juga kan:)

Ujie said...Reply To This Comment

Saya pun tgh kehabisan stok sbb wkend lepas balik kg ngundi, wkend ni mesti ramai serbu pasaraya.

lady butterfly said...Reply To This Comment

comelnye.....asal bg nama bobo? teringat pulak budak yg sllalu buat parodi 2 ha....

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

bestnya shafiq dah pandai cakap. lala tak blh cakap lagi la kak.. sedih jugak sebab nak dengar anak panggil mummy. yelah anak 1st.. 1st time nak rasa di panggil mummy.. kak.. kalau Giant memang mahal skit barang. saya selalu beli brg2 dapur kat tesco lebih murah tp baru2 ni pegi banyak brg dah naik harga. ada naik sampai rm1++.. lepas PRU tetiba je harga barang naik.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Setuju LM..penat pun hilang..

Hanis Azla said...Reply To This Comment

Salam LM..

seronoknya akak.. selalu tak boleh nak masuk ke blog LM.. asyik kena block aje.. tak tahu kenapa..hari ni boleh pulak.. Alhamdulillah.. akak pun jarang2 berbelanja di giant sebab harga dia mahal sikit compare to billion.. wah.. syafiq dan ada kawan.. sama comel aje shafiq dengan bobo tu..

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

haha. dah macam anak patung Mr. Bean

Izan Ishak said...Reply To This Comment

comelnyaaaaaa bobo syafiq! pasni takmau kacau ummi ye... main2 ngan bobo je.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Comelnya bobo ni, patutla syafiq suka.. Bagi anak happy, umi pun senang hati tu..

deno said...Reply To This Comment

comel syafiq dgn teddy!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...